Salam..
Koperasi di tempat keje pwincess ade buat promosi madu last week. so kitaorang pun g lah tgk...dan ramai gak la yang memborong. madu. Madu tu ade 3 jenis, dari Yaman. Satu tu khas untuk kaum adam (tapi sbnrnye untuk laki dan perempuan 2-2 pun boleh), satu untuk kaum hawa, satu lagi untuk anak-anak yang masih belaja. Dari situ, borak-borak la dengan officemate, ramai yang dah start amalkan makan cuka kurma, pati delima, madu, habbatussauda dan ade jugak yang makan olive oil (raw mcm tu).
Penah terdengar dari majlis ilmu, jika mengikut sunnah nabi, dalam sesebuah rumah, jangan putuskan bekalan tamar, air zam-zam dan cuka.
Cuka tu bukanlah maksudnye cuka masakan tu, tapi cuka yang berasal dari buah. kalau google, byk sgt orang tulis pasal khasiat cuka buah ni. antara yang popular ialah apple cider vinegar. penahlah kitaorang amalkan, tapi pastu tak konsisten. hmmpph. ni sekarang tgh cuba nak start balik amalan, tapi dengan cuka kurma pulak. hopefully konsisten dan nmpkla perubahan positif. kat bawah ni saja nak share link blog yang share lifestyle prof diraja ungku abd aziz. dia pun ade amalkan cuka