Showing posts with label Noodles. Show all posts
Showing posts with label Noodles. Show all posts

Sunday, June 18, 2017

24 Ramadhan 1438 - Mee Rebus Bonda Chef Wan

Bismillahirrahmanirrahim

Pejam celik pejam celik dah 24 ramadhan...tak lama lagi ramadhan akan melambaikan tangan meninggalkan kita, sayu pulak rasanya. Semoga dipanjangkan umur, dapat lagi bertemu di tahun hadapan. Aminn.

Ini ramadhan pertama kami di rumah 'baru'...saja kami sekeluarga memanggilnya our new house kepada anak-anak kami, rumah sebelum ini ialah our old house. Baru lagi ke....hmm dah 5 bulan dah. Baru lagilah kan, belum setahun lagi hihi.

Awal ramadhan hari tu, menarik jugak komuniti malaysians di sini...mereka organised an online pasar ramadhan. It is an online food ordering/marketing from a few pre-agreed food sellers through whatsapp platform. The group admin will first consolidate among the sellers on the menu to be offered and then announce it to the main group members. They will open the order until a certain date and time to give room for the sellers to prepare the food, etc. The buyers will confirm their menu and quantity. On the delivery date, the sellers will then deliver all the customers' orders to a checkpoint and the customers will come to collect and make payment. Seronok dan convenient, kan! Tahun ni kami cuma menjejakkan kaki ke bazar ramadhan di area kami sekali je...lepas tu...taubat! Either masak sendiri or online param saja.

Ada antara rakan taulan kami yang sudah mula pulang ke kampung untuk berhari raya...tapi kami masih ligat lagi di dapur. Haaa...buktinya...inilah yang kami masak untuk iftar tadi....mee rebus cik ani, iaitu bonda chef wan. Pwincess rujuk dari blog madihaa.
sangat mengenyangkan, alhamdulillah

Mee Rebus Cik Ani


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg mee kuning
  • 150 g taugeh, buang ekor
  • 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 pokok daun sup, hiris
  • 1 pokok daun bawang, hiris
  • 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
  • 6 biji limau kasturi, belah 2 (MaDiHaA guna limau nipis)
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kuah mee rebus*
BAHAN KUAH MEE REBUS* :-)
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
  • 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
  • 5 - 6 cawan air
  • 500 g keledek
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 2 sudu besar udang kering*(Yatie tambah) (MaDiHaA tak guna)
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*tumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KUAH MEE REBUS :-
  1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
  2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
  5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
PENYEDIAAN MEE REBUS :-

  1. Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
  2. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
  3. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera....

Tuesday, November 17, 2015

Laksa Sarawak

Baru buat blog post pasal roadtrip Sarawak 2015, can read here Part 1 and Part 2, kali ni kita post pulak  pasal laksa Sarawak. Actually we have cooked the dish several times before this tapi tak penah lak nak memblog pasal dia kan. 

Memang selalu kalau nak masak Laksa Sarawak, selalu refer pada resipi DayangJack....penah gak nak cuba resipi di belakang pack rempah Haji Manan, tapi last-last mesti change plan guna resipi dayangjack ni ... hihi setia betul eh.

Nofilter ... hehehe

Laksa Sarawak (copy paste from Dayang Jack)


bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 

bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Sekarang pes Hj Manan berwajah baru

Pada sesiapa nak cuba buat sendiri atau tiada pes Haji Manan, Kak DJ ada bagi resipi pes homemade:


Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Thursday, December 4, 2014

Mi Kari Original

Dalam banyak-banyak masakan mi, mi kari antara yang jarang sekali pwinces teringin nak makan .... bukan tak suka, tapi kurang minat. bila dah kurang minat, maka tak pernah la nak menelaah resipi atau mencuba resipi mi kari.

Tapi dalam perjalanan pulang dari Dubai ke Malaysia tempoh hari, semasa pramugari menghidangkan makanan breakfast, which was tuna croissant, tiba-tiba pwincess kata kat Encik Mon, "hmmmphh .... kalau dapat pekena mee kari ni, sedap jugak eh..."

Sesampainya di rumah, mmg terus google lah resipi -resipi mee kari. kriteria utama pencarian ialah yang paling mudah, yang dapat pakai semua bende yang ada kat rumah dan low cost. hihi. last-last we settled for resipi Mi Kari Original oleh Kak Lya.






Mi Kari Original (untuk 4-5 orang makan)

Bahan-bahan:

Sebungkus mee kuning - dicelur dan tos
Isi ayam setengah mangkuk - dipotong kecil *pwincess marinate ayam dgn garam dan goreng asing
Isi kerang rebus setengah mangkuk *pwincess guna isi lala
Setengah bungkus besar serbuk kari Baba's *pwincess guna 3 sudu besar rempah kari Faiza
Santan setengah pekat 5 cawan atau lebih ikut suka *pwincess guna 1 kotak santan Kara 200ml
Sebiji kentang - dibuang kulit dan direbus hingga empuk
Sedikit air asam jawa
Tau kwa * pwincess guna 5 biji
Fish ball dan fish cake

Bahan sampingan lain:

Tauhu digoreng dengan garam dan kunyit, dipotong dadu *pwincess tak buat
Bawang goreng, cili potong, limau kasturi, sawi celur, taugeh dibuang hujungnya
Garam
Minyak masak

Bahan tumisan:

Tumbuk lumat-
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah kecil
2 inci halia
2 tangkai daun kari

Cara-cara:

1. Dalam periuk yang sederhana besar, panaskan minyak dan tumis bahan tumisan yang ditumbuk lumat serta daun kari hingga wangi. Masukkan pes rempah kari. Tumis hingga naik minyak.

2. Masukkan isi ayam yang dibersihkan dan gaul rata. Biarkan seketika.

3. Masukkan santan, air asam jawa dan kacau sebati hingga mendidih.

4. Sementara menunggu mendidih, tumbuk lumat kentang yang direbus empuk tadi.Masukkan ke dalam kuah yang mendidih.

5. Masukkan kerang, fishball, fishcake, garam dan akhir sekali, tauhu yang digoreng tadi.

6. Hidangkan bersama bahan-bahan sampingan lain.


For reference: ada yang panggil tauhu cina/tau kwa/tauhu pok

Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah 1436 dan Resipi Mee Hailam


Salam Maal Hijrah ! 

Semoga tahun ini membawa lebih banyak keberkatan dan dapat tingkatkan lagi iman dan taqwa kita semua, insya Allah ...

Dah makan tengah hari semua? Kami belum ... tengah tunggu ayam defrost ... plannye nak masak mihun sup ... macam biasa, resipi mihun sup  yg dlm blog ni jugak ... tu yang kalau tak record resipi dlm blog ni, kena cari satu-satu kat blog orang .... tetibe teringat belum update lagi blog tentang resipi mee hailam yang dibuat bulan lepas ... haa kang time nak cari balik, menonong sudah ...

Pwincess jarang sangat makan mee hailam ... even kalau gi warung makanan pun, memang tak pernah order mee hailam. Ikutkan Encik Mon, masa dia kecik-kecik dulu, MIL rajin gak masak mee hailam untuk makan petang ... rajinnye .... resipi ni amek dari dapur masam manis :)


Mee Hailam

1 kg mee kuning atau mee tiau
1/2 kg daging ayam di potong kecil
1/2 kg daging lembu batang pinang di potong kecil
10 ekor udang
 
Bahan kisar
4 ulas bawang putih 
8 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering ~ dipotong kecil dan rendam 
1 inc belacan
1 inc halia
 
Bahan Sos
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu tepung jagung di bancuh dengan setengah cawan air
1 kiub ayam atau kiub daging
garam dan gula secukup rasa
 
Sayur
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
2 biji tomato ~ belah 4

Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Tapi kalau daging lain rebus dahulu hingga empuk
Kisar semua bahan kisar hingga halus. 
Pijarkan minyak dalam kuali dan tumis hingga harum
Kemudian masukkan daging dan ayam.
Masak hingga daging dan ayam empuk.
Tambahkan air jika kuahnya kering.
Masukkan , kiub ayam atau daging, sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
Masukkan tomato buah yang di belah 4 
Perasakan garam dan gulanya
Kemudian masukkan sayur-sayur yang keras dahulu seperti, karot dan putik jagung
Biar kuah merenih.
Jika suka kuah pekat bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung.

Tips yang di-share oleh kak Ita:

Mee Hailam enak di makan panas-panas
Bila nak makan
Ambil pan kecil, masukkan kuah yang kita dah masak tadi sedikit untuk hidangan berapa orang nak makan
Panaskan
Masukkan mee kuning atau mee tiau, ikut kesukaan
Kemudian masukkan sayur-sayuran yang lembut, macam sawi, kubis daun sup dan daun bawang.
Jika sukakan telur, boleh pecahkan sebiji telur kemudian tutup pan tadi hingga telur setengah matang.
Boleh lah di hidangkan bersama cili jeruk, limau nipis dan taburan bawang goreng
ini untuk di makan dalam jumlah yang ramai.
Kalau nak masak sikit untuk sorang atau 2 orang makan, kecilkan jumlah bahan dan boleh di masak terus.

What we did was, celur mee asing, dan kemudian cedok kuah panas-panas ke dalam mangkuk masing-masing. Cili jeruk macam kat dalam gambar tu tak sempat nak menjeruk sangat .... mana taknya, baru terpikir nak makan mee hailam, tang-tang tu baru nak gi kedai runcit beli cili hijau ... buat cili jeruk ... tu yang cili tak nyempat-nyempat nak menjerukkan diri ... kikiki 

Wednesday, October 24, 2012

Mihun Sup

Okay, this was made aeons ago ... during our time at 'DP'. Got busy with life and updating blog somehow became not a top priority .... until recently, I thought back of my blog, which captured so many fond memories. Okay, renewed resolution ... will try to update religiously. 

Adapted from Bihun Sup, MyResipi



Bahan-bahan:
  • Mihun untuk 2 orang makan
  • 2 ketul ayam (bahagian berisi)
  • 1 pokok sawi
  • Segenggam taugeh
  • Daun bawang dipotong halus
  • Daun sup dipotong halus
  • Segenggam bawang goreng
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Rempah sup
  • Rempah kurma
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • Kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Air 
Cara Masak:

1. Rendam mihun dalam air
2. Tumbuk 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih serta halia
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama bunga lawang, kulit kayu manis dan cengkih.
4. Setelah bahan tumisan naik bau dan berwarna perang, masukkan ayam dan gaul-gaul sehingga ayam kelihatan perang.
5. Masukkan air.
6. Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dlm periuk sehingga mencapai tahap kekeruhan yang diingini.
7. Masukkan pula rempah kurma dalam anggaran 1 sudu teh.
8. Masukkan garam & serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh.
9. Setelah ayam dalam sup masak elok, keluarkan dan siat2 isinya. Setelah itu, celur sawi, taugeh & mihun.
10. Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk, diikuti taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup & bawang goreng di atasnya. 
11. Hidang bersama sambal kicap, makan doa makan dan makan!

Untuk sambal kicap:
sangai bawang putih & cili padi - tumbuk - campurkan dgn kicap - siap!


Bahan-bahan nampak sangat byk, tapi sila jangan be intimidated by it. the simplicity of this dish is what making it tasty :) . tak caya, tanyelah encik Mon ~

Friday, March 9, 2012

Soto Ayam dan Bergedil Best

Salam!

Dah lama rasanya tak hapdet pasal masak-memasak ni kan? haa ... meh kita tayang gamba masakan kita ... tapi soto ni buat lama dah. baru datang seru nak upload dalam blog ... kihkihkih. sebut pasal soto, macam-macam jenis soto yang ade kat dunia ni eyh ... soto biasa, soto madura, soto banjar, soto lemak, mcm2 lagi ah! soto madura pwincess penah rasa masa ade makan-makan kat opis ... walawei ... sdap giler beb ... apesal tak penah tau pun kewujudan dia sebelum nih ... so, pwincess pun tercari2 lah resipi nak buat .. tapi mcm tak sama je apa yang pwincess rasa aritu. anyway, kat bwh ni, pwincess cube buat soto lemak, saja nak cuba kelainan dan nak tau ape rasa kuah soto yang ditambah santan ni. hasilnye ... marbeles ... encik mon sangat suke .... sampai ke hari ni dia dok sebut-sebut "rasa macam nakkkk sgt makan soto macam kita buat aritu tuh....".

Soto Ayam by DianaA

Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis

Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
Bahan Hiasan
  • bergedil(ikut resipi kat bwh)
  • taugeh yang telah dicelur(pwincess tak celur, suke rangup)
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.
Untuk Begedil, pwincess guna resipi ni ..... sedap and mudah :)
Begedil daging cincang by ratnamurniwati

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 bj kentang
  • segenggam daging cincang ramly(pwincess gune daging burger ramly)
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)

Cara-cara

  1. kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
  2. setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
  3. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
  4. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  5. gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
  6. akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

Friday, December 9, 2011

Kuey Teow Kungfu


Masa awal muharram yang lepas, Encik Mon dan pwincess masak kueyteow kungfu. tatau lah nape ye nama dia kungfu ... nak kata susah sangat nak masak dia sampai kena kungfu kungfu ... tak pun. resipi ni simple sangat, and bile masak sendiri boleh la letak banyak sket ingredients dia .. tak macam kalau beli kat kedai.


korang perlukan :

1 peket kuey teow
4 biji telur (yes i know ... a lot!)
garam

bahan kuah :

1 ulas bawang putih
black pepper secukup rasa, but white pepper tastes better
isi ayam
2 ekor sotong
sayur-sayuran e.g. broccoli, baby corn, carrot, chinese cabbage
oyster sauce
4 biji cili padi
1.5 sudu besar tepung jagung
1 cawan air

cara-cara :

1. Mula-mula kita buat dulu kuey teow. korang pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sket. then masukkan garam sket and then masukkan semua kueh teow dalam tu. pecah-pecahkan kuey teow tu and bagi dia mixed dengan telur. scoop a portion and goreng dalam minyak sederhana macam nak goreng omelette. habiskan goreng semua kueh teow.
rupa kuey teow goreng telur

2. Next kita buat kuah. Tumis bawang putih sampai naik bau. then, masukkan ayam dan sotong. kacau sampai masak.

3. Masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dalam 1 cawan air tadi tu. kacau-kacau, jangan bagi sampai bergumpal.

4. Masukkan sos tiram, black pepper, cili padi dan kesemua jenis sayur tadi tu.

5. Masak sehingga kuah jadi pekat dan tuang atas kuey teow omelette tadi tu. siapppp!!! RM10.00 sepinggan .... wahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...