Monday, November 16, 2015

Roadtrip 2015 : Brunei-Bintulu-Mukah-Sibu-Brunei (Part 2)

Salam, bersiaran kembali!

Sambungan dari Roadtrip Sarawak Part 1 sebelum ni ... 


25 Sept 2015, Friday (cont'd)


Kami bertolak dari Bintulu jam 2 lebih petang dan sampai Mukah dalam pukul 4 lebih .... perjalanan ambil masa 2 jam untuk tiba ke simpang antara Sibu dan Mukah, dan satu jam lagi untuk tiba ke Mukah. Jalan rata-rata adalah better daripada jalan antara Miri - Bintulu tetapi still nothing much interesting to see along the way. So pwincess tidur je sepanjang perjalanan (kalau ade bende menarik pun, pwincess is likely to sleep anyway ;p)

Landmark menandakan kita dah tiba ke Mukah

Panoramic view of bandar baru Mukah ... berhadapan dgn hotel ialah masjid dan mercutanda

Our hotel in Mukah - Kingwood Hotel

Bilik selesa dan bersih
Sebenarnya plan asal kami ke Mukah hanyalah untuk jalan-jalan kosong sambil makan umai .... tapi bila di bilik hotel dan buat last minute googling, terjumpa sebuah blog cikgu Hailmi yang menyebut tentang Lamin Dana dan Muzium Mini Sapan Puloh. Masa pun tak banyak pasal dah mandikan sorang-sorang anak tup tap tup tap dah pukul 5 lebih .... sini kan malam nya awal .... gamble je lah...

asalnya nak gi Lamin Dana dulu .... tgh ikut direction dekat map, tetiba nampak signboard Muzium Mini Sapan Puloh ... so kita target itu our next target. Tengah-tengah drive, tetibe hilang pulak penunjuk Lamin Dana and there was not any signboard. Pusing-pusing lelama macam buang masa je ... so kita tukar plan gi Sapan Puloh. Terpaksa forego Lamin Dana. 



Bila dah sampai .... rupanya dah tutup. Nampak sorang abang di sebelah muzium tu tengah angkut air ... dia tegur dulu, nak gi mana ... lepastu bila dah tau kita dtg nak gi Sapan Puloh ... dia tanya lagi, dari mana etc etc  .... rupanya beliau lah pengusaha Muzium tersebut! Dengan baik hatinya Encik Tommy pun bukak muzium dan bagi briefing .... sebenarnya time tu dah tutup, tambahan pulak time tu area tu takda bekalan air something like that. Anyway, Muzium tu teramat menarik! Semua barang dalam tu adalah koleksi peribadi warisan keluarga Encik Tommy. Beliau juga memberikan penerangan yang panjang lebar tentang adat istiadat, kepercayaan dan budaya suku kaum Melanau ... memang terbaik betul lah ... 




Rajang pengantin
Setelah selesai, kita terus ke restorang yang recommended by a friend for dinner. Seafood restaurant. Boleh pilih ikan dan cara masak, alhamdulillah sedap. Kat sini first time mencuba sejenis sayur yang dipanggil 'Cangkuk Manis' .... actually pernah nampak sayur ni di Supa Save, tapi pasal tak sure how to cook it, itu yang order dulu kat kedai, kalau sedap nanti boleh try masak sendiri. Sayur Cangkuk Manis yang digoreng dengan telur, rasanya sedap to me, but my other half kata pahit, wallahualam .... but to my dismay, tengah malam tu, rasa dah mula nak engorge .... suruh baby clear up, dia minum sampai tertidur-tidur .... still rasa engorged. Kejut pula si abang of whom, very fond of ASI, dia minum pun sampai tertidur-tidur ... masih lagi engorged. Buatlah macam-macam ... marmet, massage, everything. hoho. Sepanjang malam sampai ke esok pagi jugaklah, sakitnya. So now kita dah tau, sayur cangkuk manis ni increase milk supply to mommies ... fuh. I think cangkuk manis is daun cekur.



Balik dari dinner, saja ronda-ronda keliling pekan Mukah, singgah  jap kedai RM2 dia dan balik ke hotel. 

26 Sept 2015, Saturday

Esok paginya, after having breakfast at the hotel, went sightseeing around Mukah :-



Mosque

Food court

Sago Factory Chimney 

Temple
Next, ke Tamu Mukah :
Ikan pirang

Baby yu

Filleting fish for Umai

Umai dijual dlm bekas siap2. kalau kata nak travel, dia akan pack elok2 dan bagi ice cubes

Tamu sayur pulak mcm jauh sikit dari yang basah2 tadi tu. Tamu ni share dgn tempat jual sago

Sago! Sago!
Blkg tu ada pantai, depan dia tu permainan traditional kaum Melanau


Menarik, kan Mukah? Tak sangka banyak jugak kita dapat cover di Mukah dalam setengah hari ... balik tu, terus pack and checkout. 
On to our next destination ---- Sibu!

Perjalanan ke Sibu mengambil masa lebih kurang 3 jam or maybe more pasal kita drive santai-santai kan ... petang tu check in hotel ... hotel sangat best. Di tengah2 city, bilik besar sgt dan selesa sangat, sampai kita satu family rasa malas dah nak keluar, nak lepak atas katil jek ;-p

Sibu from our window

Tapi malam tu, keluar jugak la, pasal perut dah berkeroncong kan. A few bloggers suggested Islamic Nyonya Kafe. Interior was nice, food pun not bad. Not sure if that is the normal price of food in Sarawak .... tapi quite priceylah the food and small portion :(






Malam tu tidur nyenyak, best. 

27 Sept 2015, Sunday

Pagi-pagi makan breakfast. Bagus sangat our Hotel came with free breakfast buffet spread so takde pening kepala nak cari makan kat mana. Our first destination for the day : Sibu Heritage Centre. We decided to walk because town nya banyak kereta dan limited parking. Lagipun, sebenarnya tempat-tempat ni dekat sangat dengan our hotel so jalan je laaaa ....



Can purchase souvenirs here

Kedai-kedai di sepanjang jalan

My boy obsessed with his snake

Terjumpa lorong yang ada jual macam-macam
 Pastu orang kata boleh gak la kalau nak singgah ke Pasar Sentral Sibu .... kita tak masuk. just bergambar je lah. Tup-tup hujan turun pulak ...


Beli payung kat Sibu ... I chose this payung gay RM15



Balik hotel, makan umai, solat jamak dan checkout pukul 1 pm. Sebelum balik, singgah tgk landmark Sibu dan lalu Sungai Rajang .... seb baik takde buaya hehe

Pintu Gerbang Sibu

Sibu the Swan City

Temple
Lepas tu kita pun mulakan perjalanan balik .... nak beli lunch mcm awal sangat .... so tak beli. Kalau ikutkan plan, amek masa 6 jam nak balik tapi hujan lebat sepanjang perjalanan dan banyak sangat lori muatan berat ... causing us to drive slowly. Cuba cari restoran Islam di sebuah pekan kecik lepas dari Mukah tapi takde langsung. Nyesal pulak tak beli takeaway fast food dari Sibu ... so teruskan perjalanan sampai kat satu tempat bas berhenti ...situ ada jual makanan halal. Lepas dah makan dan hujan pun renyai sikit, kita teruskan lagi perjalanan. Encik Mon plan nak stop at Bintulu untuk tukar pampers these kids etc sekali ..... my boy muntah dengan banyak sekali on the way. Terpaksalah buat emergency stop kat tepi jalan dan basuh semua bende. Itu yang dari patutnya 6 jam jadi 10 jam. Pergh. Apa-apa pun, alhamdulillah, seronok sangat roadtrip Sarawak ni .... jauh berjalan, luas pengalaman insya Allah.

1 comments:

Hafiz said...

hehehe payung gay

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...