Showing posts with label Food and Recipes. Show all posts
Showing posts with label Food and Recipes. Show all posts

Tuesday, November 17, 2015

Laksa Sarawak

Baru buat blog post pasal roadtrip Sarawak 2015, can read here Part 1 and Part 2, kali ni kita post pulak  pasal laksa Sarawak. Actually we have cooked the dish several times before this tapi tak penah lak nak memblog pasal dia kan. 

Memang selalu kalau nak masak Laksa Sarawak, selalu refer pada resipi DayangJack....penah gak nak cuba resipi di belakang pack rempah Haji Manan, tapi last-last mesti change plan guna resipi dayangjack ni ... hihi setia betul eh.

Nofilter ... hehehe

Laksa Sarawak (copy paste from Dayang Jack)


bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 

bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Sekarang pes Hj Manan berwajah baru

Pada sesiapa nak cuba buat sendiri atau tiada pes Haji Manan, Kak DJ ada bagi resipi pes homemade:


Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Thursday, December 4, 2014

Mi Kari Original

Dalam banyak-banyak masakan mi, mi kari antara yang jarang sekali pwinces teringin nak makan .... bukan tak suka, tapi kurang minat. bila dah kurang minat, maka tak pernah la nak menelaah resipi atau mencuba resipi mi kari.

Tapi dalam perjalanan pulang dari Dubai ke Malaysia tempoh hari, semasa pramugari menghidangkan makanan breakfast, which was tuna croissant, tiba-tiba pwincess kata kat Encik Mon, "hmmmphh .... kalau dapat pekena mee kari ni, sedap jugak eh..."

Sesampainya di rumah, mmg terus google lah resipi -resipi mee kari. kriteria utama pencarian ialah yang paling mudah, yang dapat pakai semua bende yang ada kat rumah dan low cost. hihi. last-last we settled for resipi Mi Kari Original oleh Kak Lya.






Mi Kari Original (untuk 4-5 orang makan)

Bahan-bahan:

Sebungkus mee kuning - dicelur dan tos
Isi ayam setengah mangkuk - dipotong kecil *pwincess marinate ayam dgn garam dan goreng asing
Isi kerang rebus setengah mangkuk *pwincess guna isi lala
Setengah bungkus besar serbuk kari Baba's *pwincess guna 3 sudu besar rempah kari Faiza
Santan setengah pekat 5 cawan atau lebih ikut suka *pwincess guna 1 kotak santan Kara 200ml
Sebiji kentang - dibuang kulit dan direbus hingga empuk
Sedikit air asam jawa
Tau kwa * pwincess guna 5 biji
Fish ball dan fish cake

Bahan sampingan lain:

Tauhu digoreng dengan garam dan kunyit, dipotong dadu *pwincess tak buat
Bawang goreng, cili potong, limau kasturi, sawi celur, taugeh dibuang hujungnya
Garam
Minyak masak

Bahan tumisan:

Tumbuk lumat-
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah kecil
2 inci halia
2 tangkai daun kari

Cara-cara:

1. Dalam periuk yang sederhana besar, panaskan minyak dan tumis bahan tumisan yang ditumbuk lumat serta daun kari hingga wangi. Masukkan pes rempah kari. Tumis hingga naik minyak.

2. Masukkan isi ayam yang dibersihkan dan gaul rata. Biarkan seketika.

3. Masukkan santan, air asam jawa dan kacau sebati hingga mendidih.

4. Sementara menunggu mendidih, tumbuk lumat kentang yang direbus empuk tadi.Masukkan ke dalam kuah yang mendidih.

5. Masukkan kerang, fishball, fishcake, garam dan akhir sekali, tauhu yang digoreng tadi.

6. Hidangkan bersama bahan-bahan sampingan lain.


For reference: ada yang panggil tauhu cina/tau kwa/tauhu pok

Thursday, June 26, 2014

Kerabu ikan kembung

The supermarket around here opens as early as 7.30 am and that is when you can get all the fresh produce and there are more choices to choose from. 

Sometimes you can get 'rare items' sold in supermarkets (unless you go to the wet market) such as fresh fish roe. We bought once,it's about $4.00 and there were 4 big pieces....and we finished eating it up in 2 days. Actually i ate them alone! The mere thought of it makes me just salivating. 

We bought 2 pre packed containers of ikan kembung this morning. One seldom see ikan kembung sold in supermarkets later than in the evening...in fact most of the time they are already snapped out by noon. 

Coincidentally,i just came across a blog which listed down a few recipes of kerabu ikan kembung the night before,just before going to sleep. I've never seen or tasted kerabu ikan kembung before so when the fish just came in,i couldn't wait to try the recipe. 

Recipe from http://wanhaliza.blogspot.sg/2013/04/sayur-kerabu.html?m=1

Kerabu Sayuran
Bahan
10 tangkai kacang botol ] *i used kacang panjang
2 kuntum bunga kantan ]
3 tangkai daun kesum ] hiris/mayang halus *not in stock
10 pokok daun selom ] *replaced with daun ketumbar
5 tangkai cili merah ]
1 labu bawang besar ]
1 cawan taugeh
1/2 cawan kelapa [goreng ] *i used toasted dessicated coconut 
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isinya]
garam
gula

Bahan Sambal
5 tangkai cil merah ]
5 tangkai cili api ] tumbuk halus
sedikit belacan ]
5 biji limau kasturi [ambil jus]

Cara
1. Gaulkan semua bahan sambal dengan kelapa, isi ikan, garam dan gula.
2. Masukkan sayuran s dan kacau supaya semua rata.
3. Rasakan masam dan masinnya.
4. Hidangkan.


Yummy!

Tuesday, December 3, 2013

Apple Pie and Pie Maker

I bought myself a new toy recently.

It's a Breville Pie Maker.

Ever since I discovered the existence of this little 'kitchen helper', I could not sleep at night, wishing I can get my hands on it right away. (okay, that's a bit exaggerated....)

And now, it's here. I am so excited to try it.


 
I bought this model, it has 4 individual sized pies and comes in red colour (the description was pink, oh boy, was I excited!) ... personally I would prefer mini sized pie ... but the seller have this model only so ... well, it's better than nothing. It's very straightforward, there are only 2 LED lights, one when it's plugged on, and another one when it's ready to use. It comes with a pastry cutter (for top and bottom pastry) and a dough press.
 
I can't wait to test out my new toy .... and decided to make apple pie. I thought I have tried Grandma Ople recipe and blogged about it but could only find this recipe by Nigella.
 
 
  Apple Pie by Grandma Ople (Allrecipes.com)
(Original recipe makes 1 - 9 inch pie)        
              
                 
                
(I added a dash of cinnamon and nutmeg plus a tblspn of vanilla and omit 1 tblspn of water to compensate the liquid)

Directions

  1. Preheat oven to 425 degrees F (220 degrees C). Melt the butter in a saucepan. Stir in flour to form a paste. Add water, white sugar and brown sugar, and bring to a boil. Reduce temperature and let simmer.
  2. Place the bottom crust in your pan. Fill with apples, mounded slightly. Cover with a lattice work crust. Gently pour the sugar and butter liquid over the crust. Pour slowly so that it does not run off.
  3. Bake 15 minutes in the preheated oven. Reduce the temperature to 350 degrees F (175 degrees C). Continue baking for 35 to 45 minutes, until apples are soft.
All the ingredients. I halved the recipe

Store bought pastry - RM12.90
 
Apple filling is now ready!Smells heavenly~
 Based on recommendations, shortcrust pastry should be used for the bottom crust  while puff pastry for the top crust, to yield a better outcome. Since I bought the flexi pastry, I planned to use it for both top and bottom crusts.
peeping the pie while it's baking in the pie maker
 The pies are baked in about 10 minutes, so that's why the filling must be pre-cooked and cooled to avoid crusts become soggy. The pies can also be baked either open or after being enclosed with another piece of pastry.
oh my pie!

the final outcome ... filling was just nice, not too runny
 Oh I simply love, love, love this thingy!
 
Pie making is more convenient and less time consuming, and it's even speedier should one use store bought pastry ... which I plan to do ... unless I get some positive vibes then I would make homemade pastry .... it's just that the dough press tends to stick to the bottom pastry and moulding the bottom pastry according to the cavity is slightly challenging. 
 
Now the old saying, "as easy as a pie" is more relevant, isn't it?? hehehe ....

Sunday, April 14, 2013

Another milestone?



Little button has high temperature on and off during the weekend ... we thought it might be due to frequent fall as he is in the process to learn to walk. But it could also be another tooth coming out ... having said that, we thought of making him a breastmilk popsicle ... so as to relief his teething. we bought an ice cube tray that is long and skinny shaped for sports water bottle at Ace hardware shop earlier, so we made the popsicle but it may need an overnight to freeze well. The tray look like this:

Apart from that, we made kerabu and steamed golden pomfret today. I ate kerabu taugeh a few days ago at Bank Rakyat's cafe and been thinking about it ever since. Tried Kak Nannie's recipe (as pasted below) and it was yummy.

Kerabu taugeh campur kerang

Bahan-Bahan :

2 cawan taugeh  
5 batang kacang botol  
1 biji bawang besar - boleh kurangkan 
1 biji cili merah - boleh tambah  
1/2 cawan udang kering  
1 cawan isi kerang rebus - boleh tambah 
jus limau nipis secukupnya 
sedikit belacan 
kerisik secukupnya  
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi . Anda boleh tambah atau kurang ikut pada selera masing-masing ya..


Cara Penyediaan:

Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja .
Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.


Bawal Emas Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal emas
2 ulas bawang putih - ketuk
Halia 1 inci - mayang
lada hitam
sos tiram
perahan lemon sket
air sedikit
garam

Cara Penyediaan:

Bersihkan ikan. Kelar perut ikan.Lumur semua bahan-bahan ke seluruh ikan dan kukus dalam 15-20 minit.



Sunday, April 7, 2013

Weekend Project : Lasagne

It's soooo long since we last main masak-masak, kan .... !

So we had a weekend project today. We cooked lasagne. Recipe was from this blogger who was kind enough to guide step by step.


Ingredients ... mahal la sket kot kalau first time nak stock up cheese, etc. kalau dah ada, breeze je
 Cara-cara:
Beef Bolognese:
1. Panaskan minyak. Masukkan garlice (5 ulas) dan bawang holland (1 biji) dan tumis hingga translucent.
2. Masukkan minced meat (400g) ... masak sampai dia turned warna chocolate. Masukkan semua sos Kimball ...  botol yang sama, tambah sket air, and masukkan dlm kuali tadi tu. Gaul sebati dgn daging.
3. Perisakan dengan garam, oregano, sos cili 1 sudu besar dan black pepper.
4. Lastly, masukkan sliced button mushroom.

Bechamel Sauce:
1. Panaskan butter/fat spread (2 sudu besar).
2. Masukkan 2 sudu besar tepung  gandum. Gaul sebati menggunakan api kecik.
3. Masukkan susu full cream 250ml .... then masuk cheddar cheese/2 keping cheesedale sehingga sebati.
4. Perisakan dengan garam dan kalau dah ok. siap! 
* Buat double pasal lasagne lagi sedap kalau white sauce ni banyak

To assemble:
1. Grease pan with olive oil.
2. Senduk beef bolognese dan amek kepingan lasagne, takyah celur or rebus, just susun dalam loyang.
3. Senduk lagi beef bolognese on top of lasagne sheets, dan tuang white sauce onto it.
4. Tabur mozarella cheese. kalau suke, boleh sprinkle grated parmesan cheese jugak.
5. Ulang step 2-4 a few times ... kalau dapat 4 lapisan tu kire cun dahh...
6. Make sure lapisan last tuang white sauce dan cheese yg sangatt banyakkkk....
7. Masuk dlm preheat oven 180 deg, for 30-40 minutes, ikut oven masing2.
8. Bile dah masak, biar dulu for the cheese to set. dah siapppp...

Just before masuk oven

steaming hot

ready to indulge!!

Saturday, January 19, 2013

Siakap kukus ala thai & ayam goreng kunyit

Salam tengah hari ahad!



Rasa macam dah lama tak main masak-masak, ni kan ? iyo lahhh ... sejak-sejak ader little button, memang tak menang tangan ... nak-nak pulak now little button dah sibuk nak berjalan ... ke sana sini dia merayap ... tapi seb baik la tadi little button lena tido ... dapatlah mama and ayah makan lunch dengan penuh nikmat hihihi....menu arini ialah ikan siakap masak stim ala thai yang diambil resipi dari sini dan ayam goreng kunyit resipi Encik Mon sendiri (cececehhh ... !). Tapi resipi ikan stim kat bawah ni pwincess alter.


Ikan siakap masak ala thai

1 ekor ikan siakap
2 biji bawang merah - mayang
2 biji bawang putih - diketuk
1/2 inci halia - mayang
6 biji cili padi - dihiris nipis
2 helai dau limau purut-dihiris nipis
2 batang serai - ddiketuk
4 biji belimbing buluh - dibelah dua memanjang
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
air sedikit*
daun sup**
garam secukup rasa**
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn air room temp sedikit**

1. Panaskan air dlm pengukus.
2. Masuk ikan dalam bekas untuk mengukus, dan gaul semua bahan di seluruh ikan, luar dalam semuanya.
3. Masukkan air (*). Kukus ikan dalam 5-10 minit atau hingga ikan masak.
4. Masukkan bahan bertanda **. Sesuaikan rasa garam, gula. Jika masin, tambahkan air atau perah air limau.


Ayam goreng kunyit

1 dada ayam - dipotong dadu
1 biji bawang holland - hiris bulat tebal
segenggam french beans - sipotong serong

1. Gaul isi ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan sket minyak, dan stir fry isi ayam tadi hingga masak.
3. Masukkan bawang holland, stir lagi and lastly masukkan french beans. pwincess prefer my vege to be crunchy, so jgn masak sampai layu sangat.

Dah siap! makan dgn brown rice panas-panas, and air grenadine lemon and sambal totok .... berselera weii.

Monday, November 19, 2012

Lunch before the longggg holiday

Hi!!

This was done last 2 weeks and the dishes were simple but I really need to record it in the blog for future ref ~
We had brown rice, ikan kembung sambal and kailan celur oyster sauce with watermelon juice. There were just ikan kembung only in the freezer ... I wanted to make a simple singgang but the key ingredient for singgang is not in hand ... which is the lengkuas. Thank goodness chillies are in stock ... so I decided to make ikan kembung sambal.


Bahan-bahan:

3-4 ekor ikan kembung, digaul dengan serbuk kunyit dan garam
3 cili hidup*
10 cili padi*
2 ulas bawang putih*
1 bawang merah*
1 sudu besar cuka makan
air, garam dan gula secukupnya

Cara-cara:

1. Deep fry ikan yang telah digaul dgn serbuk kunyit dan garam. kalau garing sket pun takpe, lagi best.
2. Blend semua bahan bertanda * dalam dry mill.
3. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang dah di-blend. Lepas dan mendidih, masukkan cuka makan dan air sket .. aritu terlebih letak air, kalau nak pekat, takyah letak air byk. Tunggu lagi sampai mendidih.
4. Masukkan garam/gula secukup rasa.

The Kailan Oyster Sauce follows this recipe ---> Egg Tofu with broccoli and oyster sauce, minus the egg tofu.

Masak simple-simple saja .... dah ada baby ni, masak dah leh lelama dahhhh

Wednesday, October 24, 2012

Mihun Sup

Okay, this was made aeons ago ... during our time at 'DP'. Got busy with life and updating blog somehow became not a top priority .... until recently, I thought back of my blog, which captured so many fond memories. Okay, renewed resolution ... will try to update religiously. 

Adapted from Bihun Sup, MyResipi



Bahan-bahan:
  • Mihun untuk 2 orang makan
  • 2 ketul ayam (bahagian berisi)
  • 1 pokok sawi
  • Segenggam taugeh
  • Daun bawang dipotong halus
  • Daun sup dipotong halus
  • Segenggam bawang goreng
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Rempah sup
  • Rempah kurma
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • Kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Air 
Cara Masak:

1. Rendam mihun dalam air
2. Tumbuk 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih serta halia
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama bunga lawang, kulit kayu manis dan cengkih.
4. Setelah bahan tumisan naik bau dan berwarna perang, masukkan ayam dan gaul-gaul sehingga ayam kelihatan perang.
5. Masukkan air.
6. Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dlm periuk sehingga mencapai tahap kekeruhan yang diingini.
7. Masukkan pula rempah kurma dalam anggaran 1 sudu teh.
8. Masukkan garam & serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh.
9. Setelah ayam dalam sup masak elok, keluarkan dan siat2 isinya. Setelah itu, celur sawi, taugeh & mihun.
10. Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk, diikuti taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup & bawang goreng di atasnya. 
11. Hidang bersama sambal kicap, makan doa makan dan makan!

Untuk sambal kicap:
sangai bawang putih & cili padi - tumbuk - campurkan dgn kicap - siap!


Bahan-bahan nampak sangat byk, tapi sila jangan be intimidated by it. the simplicity of this dish is what making it tasty :) . tak caya, tanyelah encik Mon ~

Saturday, May 26, 2012

Kerabu pucuk paku dan taugeh

pwincess jarang teringin makan kerabu kalau g makan kat rumah orang atau buffet spread kat mana-mana. tapi bile datang angin nak makan kerabu .... memang tang-tang tu jugak nak makan. ni actually dah lama buat, sampai dah lupe ape resipi dia ... jenuh pulak kena stadi satu-satu resipi kat blog-blog orang lain ... dan didapati blog nannie ni dari segi rupe, macam hampir sama ... so pwincess copy paste lah resipi kerabu pucuk paku dan taugeh dia kat sini sebagai rujukan next time ... tayah nak kena stadi sekali lagi blog2 masakan ... :)

Kerabu pucuk paku dan taugeh

1 ikat pucuk paku
2 cawan taugeh
1 biji bawang merah besar
1 tangkai lada merah
1/2 cawan udang kering - rendam sekejap
1 biji limau kasturi - boleh ditambah atau dikurangkan
Sedikit belacan
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.
Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Bersihkan taugeh n celur kejap dalam 20 saat saja .


Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Saturday, May 19, 2012

Kek Batik

Making kek batik has come a long way for me. I tried making it since I was 10-11 years old. A neighbour served us when we went to their house, and since then, I begged my mom to reproduce it. My mom eventually obtained the recipe from our neighbour, and we both tried our hands on it but it was never the same as what we tasted. Since then my mom has 'retired' from trying to make kek batik but somehow has become a 'kek batik critic' everytime I make these. This one is by far the best kek batik. It does not melt when stay at room temperature and the biscuits stay crunchy (but of course, after a while mestilah wajib lemau).


Bahan-bahan:
3/4 butter
1 tin kecil susu pekat (3/4 tin kalau guna tin besar)
1 cawan koko or (1/2 milo,1/2 koko) or (3/4 cawan koko, 1/4 cawan milo)
1 biji telur
1 pkt biskut marie
nestum 1 cawan

  1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
  2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
  3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
  4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
  5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
  6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan

Friday, March 9, 2012

Soto Ayam dan Bergedil Best

Salam!

Dah lama rasanya tak hapdet pasal masak-memasak ni kan? haa ... meh kita tayang gamba masakan kita ... tapi soto ni buat lama dah. baru datang seru nak upload dalam blog ... kihkihkih. sebut pasal soto, macam-macam jenis soto yang ade kat dunia ni eyh ... soto biasa, soto madura, soto banjar, soto lemak, mcm2 lagi ah! soto madura pwincess penah rasa masa ade makan-makan kat opis ... walawei ... sdap giler beb ... apesal tak penah tau pun kewujudan dia sebelum nih ... so, pwincess pun tercari2 lah resipi nak buat .. tapi mcm tak sama je apa yang pwincess rasa aritu. anyway, kat bwh ni, pwincess cube buat soto lemak, saja nak cuba kelainan dan nak tau ape rasa kuah soto yang ditambah santan ni. hasilnye ... marbeles ... encik mon sangat suke .... sampai ke hari ni dia dok sebut-sebut "rasa macam nakkkk sgt makan soto macam kita buat aritu tuh....".

Soto Ayam by DianaA

Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis

Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
Bahan Hiasan
  • bergedil(ikut resipi kat bwh)
  • taugeh yang telah dicelur(pwincess tak celur, suke rangup)
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.
Untuk Begedil, pwincess guna resipi ni ..... sedap and mudah :)
Begedil daging cincang by ratnamurniwati

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 bj kentang
  • segenggam daging cincang ramly(pwincess gune daging burger ramly)
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)

Cara-cara

  1. kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
  2. setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
  3. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
  4. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  5. gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
  6. akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

Saturday, January 21, 2012

Mentarang @ Kuala Selangor

hari ni nak cite pasal trip ke kuala selangor yang kitaorang g mase new years day aritu. ad-hoc trip ... tak plan pun. kisahnya, pagi tu lepas mandi, pwincess tetibe tringat nak share info yang dibaca kat suratkhabar sehari sebelum tu ngan encik mon. artikel tu pasal mentarang, katanya sekarang ni musim mentarang, jadi mentarang ni bersepah-sepah dijual so harga dia pun dah turun.

oh ye. tau tak amende mentarang tu?

mentarang tu sefamili dengan kepah/kupang dan seangkatan dengannya. kitaorang kenal mentarang ni pun mase menghadiri jemputan kawen sepupu encik mon kat kuala selangor. mase on the way tu, kat sepanjang jalan nampak gerai-gerai yang digantung banner yang ditulis MENTARANG DIJUAL DI SINI. uih....apakah? haaa ... tu sebab orang kata, tak kenal maka tak chenta. kitaorang pun beli mentah and balik rumah, cuci bersih-bersih, masuk oven dan bakar. simple je tapi sedap!

so, back to my original story.

encik mon dengar je pwincess cite-cite pasal mentarang, tetibe jek dia kata, "Jom g carik mentarang, nak?" (korang kena imagine ade bulb lampu kat tepi kepala dia, pastu ade bunyi tingggg...) mamat ni siyes betul nak drive jejauh carik mentarang pagi tu. tapi takdela jauh sangat, dengan adanye highway LATAR. eh promote lah pulak kan. so dipendekkan cite, kitaorang jupe la mentarang kat tepi jalan tapi tak banyak macam mase fes time kitaorang lalu situ dulu ... rupenye suratkhabar utusan tu salah info ler ... sekarang bukan musim mentarang. harga pun mahal gak la. sekilo rm7 saiz kecik. pakcik tu kata musim mentarang dalam bulan april-may cenggitu. bleh la dapat dalam rm4-5. mintak pakcik tu bakar and kitaorang makan terus kat situ. settle dalam perut. heee~

Friday, December 9, 2011

Kuey Teow Kungfu


Masa awal muharram yang lepas, Encik Mon dan pwincess masak kueyteow kungfu. tatau lah nape ye nama dia kungfu ... nak kata susah sangat nak masak dia sampai kena kungfu kungfu ... tak pun. resipi ni simple sangat, and bile masak sendiri boleh la letak banyak sket ingredients dia .. tak macam kalau beli kat kedai.


korang perlukan :

1 peket kuey teow
4 biji telur (yes i know ... a lot!)
garam

bahan kuah :

1 ulas bawang putih
black pepper secukup rasa, but white pepper tastes better
isi ayam
2 ekor sotong
sayur-sayuran e.g. broccoli, baby corn, carrot, chinese cabbage
oyster sauce
4 biji cili padi
1.5 sudu besar tepung jagung
1 cawan air

cara-cara :

1. Mula-mula kita buat dulu kuey teow. korang pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sket. then masukkan garam sket and then masukkan semua kueh teow dalam tu. pecah-pecahkan kuey teow tu and bagi dia mixed dengan telur. scoop a portion and goreng dalam minyak sederhana macam nak goreng omelette. habiskan goreng semua kueh teow.
rupa kuey teow goreng telur

2. Next kita buat kuah. Tumis bawang putih sampai naik bau. then, masukkan ayam dan sotong. kacau sampai masak.

3. Masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dalam 1 cawan air tadi tu. kacau-kacau, jangan bagi sampai bergumpal.

4. Masukkan sos tiram, black pepper, cili padi dan kesemua jenis sayur tadi tu.

5. Masak sehingga kuah jadi pekat dan tuang atas kuey teow omelette tadi tu. siapppp!!! RM10.00 sepinggan .... wahahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...