Showing posts with label Desserts. Show all posts
Showing posts with label Desserts. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

Bubur Cha Cha bersama Keledek Manis

Salam ramadhan!

Syukur,dapat lagi berjumpa dgn ramadhan tahun ini....pwincess pun seronok menjalani ibadah dgn baby baru, di tempat baru.

Kat sini semuanya awal lebih kurang sejam ... Dapat juga pergi ke bazar ramadhan....memang juadah yang dijual lain dari yang kita biasa...kat sini, our fav is ikan mackerel bakar, kebab, kek cheese meleleh...mmm yumms

Biasalah kan, bile berpuasa, masa tu lah macam-macam teringin nak makan. Baru-baru ni teringin pulak nak makan bubur cha cha. Bubur cha cha memang jaranggg sangat mama masak dan pwincess pun tidaklah selalu sangat terfikir nak mkn. Tapi ni dah tiba2 nak makan, kenalah buat sendiri kan. Nasib baik cha cha tu ada dijual...ingatkan di bhgn rempah ratus, rupanya kat bhgn mi kering.

Semalam cubalah masak bubur cha cha....kebetulan nampak penjual jual ubi keledek dah disiap kupas kat Tamu, elok2 je nmpk ubi tu....so belilah sepeket. Jadi sesuai sangatlah kalau guna resipi dari Rasa karangkraf ni.


Bahan-bahan:

300g ubi keledek oren | dipotong kiub dan dikukus
100 g cha cha | direbus hingga kembang, tos dan rendam kejap dlm air sejuk
150g gula pasir
100g gula melaka (pwincess guna 70g gula apong)
300 ml santan
Air secukupnya (pwincess guna air separuh mug)
2 helai daun pandan disimpulkan
Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Masukkan gula pasir, gula melaka, santan, air dan daun pandan ke dalam periuk. Didihkan dan dikacau rata.
2. Pastikan bubur dimasak dengan api kecil dan dikacau selalu.
3. Masukkan cha cha dan ubi keledek yg sudah direbus/kukus. Tambahkan garam dan masak hingga kuah menjadi pekat sedikit.
4. Sedia dihidangkan.

Monteh bagi thumbs up!!!

Sunday, October 13, 2013

Lychee Panna Cotta

Masa buka puasa beramai-ramai dengan mama papa, adik beradik semua ramadhan lepas, pwincess di-assigned untuk membuat dessert since yang lelain buat main dish. mmg itu pun yang kita hajati ... hehehe. Biasalah bulan ramadhan, mesti tekak kering, dan cuaca pun panas .... terpikir nak buat panna cotta. 


panna cotta memerlukan gelatin, so teringat kat almari mmg ade satu kotak halagel yang tak penah bukak .... excited laaa ni, nak merasmikan gelatin tu. sekali check2 expiry date .... baru je seminggu expired ... chaitttt geramnya ... sayang je terpaksa buang. pastu masa nak membeli halagel kat kedai, biasa bersepah-sepah nampak .... ni bile betul2 memerlukan, bayang satu pun tak nampak. last-last jumpa kat Giant. 


Pwincess refer ke 2 resipi yang lebih kurang sama - dari K.Nor dan jugak ohhlookbel dari sini



LYCHEE PANNA COTTA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 tin laici
2 cawan susu low fat/full cream
2 sudu besar gula
3 sudu kecil gelatin ~ K.Nor guna gelatin halalgel
3 1/2 sudu besar air
1 /2 sudu teh esen vanila
1 paket jelly strawberi

Cara:
Ketepikan 5 - 6 biji laici. Blend lebihan laici bersama dgn 1 cawan jus laici.
Blend sampai betul2 halus dan tapis. Ambil air dan ketepikan.
Masukkan gelatin ke dalam mangkuk berisi 3 1/2 sudu besar air dan biarkan ia mengembang.
Masukkan susu, gula dan air laici yg ditapis tadi ke dalam periuk.
Masak hingga hampir mendidih dan hendaklah sentiasa dikacau.
Padamkan api dan masukkan vanila dan gelatin yg dah kembang tadi.
Kacau hingga sebati dan gelatin larut.
Biarkan sejuk, baru lah dituang ke dalam gelas.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 3 jam.
Masak jelly mengikut arahan di kotak dan biarkan sejuk.
Tuangkan ke atas Lychee Panna Cotta perlahan2. (pastikan jelly dah sejuk dan panna cotta dah membeku/set supaya jelly tak tenggelam ke dalam panna cotta)
Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk.
Hiaskan dgn hirisan laici sebelum dihidangkan.
nyaman!
With this, I also got the chance to merasmikan pyrex custard cup that I bought at Langkawi. A set of four, sebijik tu dalam RM8 kalau tak silap. Kat sini ade mau 2-3 kali ganda harga tu.

Tuesday, April 19, 2011

of Trifle and Gucci

dah lama tak menge-kek bagai. ouh rindu! tapi nak wat caner, bizi giler aaa lately ni. nak kejar dateline, dgn exam tetiap minggunye. tapi apa2 pun, oleh kerana serbuk jeli nona pwincess nak expire ... oh no no ... so terpaksa jugaklah menjalankan operasi tergempar menge-kek semalam.

pwincess dah lama skodeng sama ini resipi trifle mat gebu. resipi dia memang from scratch ... fuh, mampukah daku ... dalam kesuntukan masa pulak tu ... kepenatan lagi ... tapi pasal kebetulan, other than jeli nona, pwincess ada tepung optima yang sangat precious itu, beli masa singapore trip last year ... tu pun dah nak expire ... hah aper lagi ... buat je lah from scratch.

buat buat buat ... pastu masuk dlm freezer kejap .... bagi dia cpt sket membeku dan menyejuk....and, malam semalam jugak kitaorang merasmikan trifle tu. pasal dah lewat malam, xkan nak melantak dessert byk-byk kan ... so pwincess buat dlm tupperware, senang kalau nak simpan balik without fuss. resipi mat gebu kalau buat dlm disposable tupperware mcm dlm gambaq kat bwh ni, dpt la 2 bekas. tapi presentation kureng sket la ... tak kesahla kaduk, nama pun for own consumption, kan?

dpt 2 container
close-up sket .. hok ni jeli sket, buah byk
hok ni pulok buah sama byk mcm td cuma jeli extra .. i love jeli nona hik hik

rasa dia .... fuh, sedap! timakaseh sgt2 for sharing this recipe, tak rugi pwincess buat from scratch. orang2 kat rumah smlm pun cakap sedap ... ada yang kata, kastad tu yang menyedapkan trifle ni, ada pulak yang kata, kek tepung optima tu yang melazatkan trifle ni pasal dia melt in the mouth. (adeh, tak rugi encik mon bayarkan tepung berharga almost rm10.00 ni, hihi thanks momon, i lap u)


TRIFLE - Adapted from Trifle Istimewa Mat Gebu

BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B (i use 2 gred A eggs at room temp)
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa (i used 3 tblspn gula kastor utk menyahut kempen kurangkan gula ;p)
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

my way :- didihkan air 400ml dlm periuk and then masukkan semua serbuk jeli nona ke dlm tu. kacau2 sampai mendidih skali lagi dan ketepikan.

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

ouh, nak cite. b4 acara menge-kek ni, pwincess g jumpe dentist. patutnye semi-annually checkup december ritu, tapi pasal malas nak dgr bebelan dentist regarding bridging, tu tak jupe tu. i mean, wow, the thought of doing bridging scares the entire me. it involves cutting half of your gigi, untuk muatkan another dua gigi. takut, okey? and not to mention abt the cost. more than 1k for that london bridge in the mouth. boley dapat coach full leather satu with wristlet.

ah yes, talking about handbags. i caught sight of my dentist's handbag yesterday. sempat lagi mata aku meliar kan, hehe. it was vintage web medium boston bag. so stunning, duduk diam-diam secara elegant kat tepi tingkap. ouh~

oh my Gucci!

believe it or not, satu ketika dahulu pwincess amatlah tak paham nape orang kegilaan sangat akan gucci and lv. yes, pelik gile okeh. dgn petak-petak tu saje dah mencecah ribuan ringgit. tapi tu lah, apa mimpi... skrg ni syok pulak dok jamu mata tgk design lv and gucci. hopefully ada laaa rezeki tersepak dlm masa terdekat ni ... amin~

Monday, January 3, 2011

Pulut Mangga / Mango and Sticky Rice

2 weeks ago pwincess saje-saje nak cobe resipi ni pasal rindu sama itu pulut mangga kat hatyai macam dalam post ni. kat mesia ni susah tul nak jumpe orang jual pulut mangga, so kalau tingin, kena la wat sendiri.

Pulut Mangga / Mango and Sticky Rice
(Taken from Pailin's Kitchen)


For the Sticky Rice:

1 cup long grain glutinous rice
  • wash and scrub until the water gets quite clear
  • soak in water for at least 4 hours or overnight
  • line steamer insert with cheesecloth
  • let steam on high (water moving vigorously) for 20-30mins
  • while steaming the rice, prepare the coconut syrup to pour onto the rice
*****
Coconut Syrup:

3/4 cup coconut milk

1/3 white sugar

1/2 tsp salt

  • combine all and cook on heat until all sugar has been dissolved
  • turn the heat off once it's dissolved
*****
  • transfer cooked rice onto bowl (not metal bowl otherwise it will absorb heat)
  • pour coconut syrup over it
  • stir the rice
  • make sure every grain gets coated, break up lumps if there are any
  • and when it's mixed, quickly cover the bowl with foil and let it rest for at least 30mins on something warm (i.e. back in the steamer/microwave) for the syrup to seep into the grains
*****
For the sauce:

3/4 cup coconut milk

1 tsp rice flour (campur dgn sikit air)

1/4 tsp salt

  • combine all and cook on heat and stir consistently
  • cook until boil
*****

Topping(optional) - toasted mung beans (kacang hijau)
*****
To assemble:
  • scoop the sticky rice onto plate
  • ladle a generous amount of coconut sauce over the sticky rice
  • add in ripe mango slices
  • sprinkle mung beans onto the coconut sauce and sticky rice
sedap sangat ..... ! rasa manis, masin, lemak, rangup semuanya ada ;p. masa pwincess buat tu, i doubled the recipe, boleh dapat dalam 6-7 servings.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...