Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Kerabu Sotong & suhun - inspired by Chef Wan

Pembaca setia dan pengkomen nombor satu blog pwincess dee, tidak lain dan tidak bukan, adalah Encik Mon. Terima kasih diucapkan :)

Entry kali ni khas untuk Encik Mon yang memberi feedback yang dia tak boleh nak tinggalkan komen sejak dua menjak pwincess dee menggunakan blogger apps tu. Kirenye entry kali ni ditulis menggunakan laptop yang uzur muzur tu lahhh .... sebenarnya, pwincess dee dah perasan ade bbrp function kat blog tak seberapa pwincess dee ni dah mula malfunction ... tapi apakan daya, takde masa dan kepakaran nak belek dan rectify satu-satu .... lagipun takde follower sangat pun .... kalau betul2 takleh bear dah .... kita carik alternative lain insya Allah 

cheh chehh .... intro macam ucapan menang award la pulak kan .... hiks ... udah la tu. 

I mentioned in my previous entry that the kerabu sotong at 1 Market by Chef Wan adalah sangat superb....maka, pwincess was inspired by him to make my very first kerabu sotong....pulak tu, bahan semua ada .... senang la sikit kan nak memprojek. Encik Mon rajin belikan pwincess sotong, although dia tak dapat nak makan sangat sotong tu. Sotong sini dalam $3.50 ++ dapatlah 4 ekor size M. Pernah tu, beli baby octopus, $4 dapat sepeket penuh .... kenyang pwincess makan sorang2 a few times. cuma sayang tatau caner nak buat chuka iidako ... kalau tak, dah boleh try test dahh....

Kerabu sotong ade banyak version .. pwincess cuba resipi Kak Hanieliza ...as pasted below, with a few of my own notes for refence :



Kerabu sotong & suhun

500 g sotong sederhana besar
50g suhun (direndam dan dicelur dengan air panas)
3 sb jus limau nipis
1 sb sos ikan (boleh digantikan dengan kicap + 1 sk kiub ikan bilis dihancurkan)
garam (jika perlu)
2 pokok daun ketumbar (racik kasar)

Bahan Tumbuk:
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang:
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
1 batang timun kecil
3 tangkai cili merah

Cara:
1. Sotong dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masak hingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dan dalam mangkuk dan gaul mesra.
4. Rasakan masam masin manis nya.

Nota: 
1. Masa masak sotong jangan dimasukkan air nanti sotong tu akan jadi berkuah. Ini kerana sotong mengeluarkan air.
2. Lepas step 2, toskan sotong dan air rebusan boleh digunakan untuk goreng mihun dsb.
3. Refrigerate before serving. Sedap makan as cold dish nyumss.

Pwincess guna baby octopus untuk kerabu sotong kali ni. ada yang pwincess potong walaupun dia dah memang bite size, dan ada jugak yang dibiarkan sekor sekor macam tu. saje tanak amek gambar baby octopus tu pasal masih teringat cite ngarut yang circulate kat internet about a granny mengandungkan baby octopus lepas makan live octopus ke something like that. how gross.

Sunday, October 13, 2013

Oyster galore @ Ben's Independent Grocer

Baru-baru ni Encik Mon bitau yang dia ade course kat Maya Hotel dan the buffet spread was good. In fact,ade oyster served dan dia makan mau dekat 10 ketul....perghhh hehe. 

Pastu jumaat lepas masa kita jenjalan kat Big,kan ada a range of oyster  kat situ...tup2 Encik Mon ajak makan oyster. Dia kata dia dpt mkn oyster aritu,dia nak bagi pwincess makan gak...

Kat situ ade a few grades of oysters...pilih la nak yang besar,yang kecik,yang flat...price also different...there's Rm24 for 3 pcs,ada gak yang Rm120 per dozen...pilih la yang mana berkenan....

Kat situ boleh mintak dia masakkan terus jugak...style mcm jaya grocer gitu...ada cafe yang turut serve other kind of food as well...foei gras...pies...premium cakes

Oyster kat sini fresh....sedap,lenkali boleh try yg lain pulak. Thanks Encik Mon,semoga bertambah2 rezeki...ameen

Saturday, August 17, 2013

Aidilfitri dan Sambal Tumis Sotong Rendam

Assalamualaikum!

Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Tahun ni giliran semua anak-anak mama berhari raya di rumah mama ... asalnya, not all beraya di rumah mama, but starting last year, dia suh mana2 anak yang giliran di rumah dia, pegi ke rumah in law, so that bila tiba giliran dia, kesemua anak dapat berkumpul bersama. 

Hari Raya tahun ni bertambah meriah, nak-nak lagi little button dah mula pandai nak bermain, bersalam, pointing and semakin byk celotehnya. Alhamdulillah. 




My sis in law decided to cook lodeh .... and I thought of cooking sambal tumis sotong kembang to complement lodeh tu. so basically, pwincess dah dapatkan resipi cuma tinggal nak beli sotong kembang and a few other ingredients je lah. sehari b4 malam raya tu, kitoang gi umah in laws dulu ... bersalam-salam dan hulur some kuih raya. sambil sembang-sembang tu, mil tanye lah nak masak apa hari raya ni ... bitau la dia, sambal sotong kembang ... dia bagi tips .... sotong kering yang dikembangkan sendiri lagi sedap...ohhh sudah....sempat ke?? mak kata rendam dgn air kapur semalaman, then basuh bersih-bersih, pastu rendam dgn air biasa dalam 2 jam cenggitu haa....air kapur tu biasa kalau beli pasar, penjual tu bagi je free.hoho.  mlm tu jugak pegi ke aeon cari sotong kering .... tak jumpa ... so plannye esok pagi tu kena jugak dptkan sotong kering tu, kalau tak, tak sempat nak kembangkan dia.

Esoknya pulak, my mom nak ikut g beli sotong. But for certain reasons, dah tgh ari, x gerak-gerak gak .... sekali mom ni pulak ckp, takkan menjadi kalau kembangkan sendiri sotong kering tu. dia dah pnah cuba. so toksahla nak buang2 masa, beli je lah yang dah sedia kembang. I guess, I was left with no other choice ... sotong kembang it is.

I used recipe from here ... cuma pwincess double the recipe. 

SAMBAL TUMIS SOTONG KERING
Bahan-bahan :

3 keping sotong kering (dipotong ikut suka)
20 tangkai cili kering(direbus seketika di atas dapur)
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan(boleh abaikan pada yang tidak suka)
1 biji bawang besar(dihiris)
1 cawan air asam jawa
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1. Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan juga belacan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan mesin hingga garing.
3. Masukkan bawang besar dan gaul rata.
4. Masukkan sotong. Biarkan seketika sambil sesekali digaul rata.
5. Masukkan air asam jawa dan biar menggelegak.
6. Masukkan garam secukup rasa dan juga gula. Biarkan sehingga sambal kelihatan pekat.


projek sambal sotong kembang sukses!

sayangnye gambar sambal sotong takde pulak ..... pasal terlalu cepat habis, tak sempat nak snap!

hari raya ketiga pulak ... little button was not feeling well. tgh2 malam kul 1.15am gitu, nak nyusu .... tetibe dia ngamuk tanak minum.  tatau apa masalah dia tanak minum ... then lepas berjam-jam ngamuk, dia tertido sendiri. just b4 subuh, dia ngamuk lagi, agaknya lapa sgt la tu  kan ... pwincess pun mcm dah nak engorge je ... tapi bile bagi, dia tanak. last2 mintak Mon panaskan susu dan bagi syringe. baru dia minum. kul 7 lbih gitu, pwincess check mulut dia ... rupenye ulcer banyak .... adoyai .... siannya anak mama ni. kita yang dah besar ni pun kalau ade ulcer pun bad mood satu macam, ini pulak budak kecik. nasib baik tak demam .... lepas 2 hari, alhamdulillah, dia sembuh dari ulcer.

 

Saturday, January 21, 2012

Mentarang @ Kuala Selangor

hari ni nak cite pasal trip ke kuala selangor yang kitaorang g mase new years day aritu. ad-hoc trip ... tak plan pun. kisahnya, pagi tu lepas mandi, pwincess tetibe tringat nak share info yang dibaca kat suratkhabar sehari sebelum tu ngan encik mon. artikel tu pasal mentarang, katanya sekarang ni musim mentarang, jadi mentarang ni bersepah-sepah dijual so harga dia pun dah turun.

oh ye. tau tak amende mentarang tu?

mentarang tu sefamili dengan kepah/kupang dan seangkatan dengannya. kitaorang kenal mentarang ni pun mase menghadiri jemputan kawen sepupu encik mon kat kuala selangor. mase on the way tu, kat sepanjang jalan nampak gerai-gerai yang digantung banner yang ditulis MENTARANG DIJUAL DI SINI. uih....apakah? haaa ... tu sebab orang kata, tak kenal maka tak chenta. kitaorang pun beli mentah and balik rumah, cuci bersih-bersih, masuk oven dan bakar. simple je tapi sedap!

so, back to my original story.

encik mon dengar je pwincess cite-cite pasal mentarang, tetibe jek dia kata, "Jom g carik mentarang, nak?" (korang kena imagine ade bulb lampu kat tepi kepala dia, pastu ade bunyi tingggg...) mamat ni siyes betul nak drive jejauh carik mentarang pagi tu. tapi takdela jauh sangat, dengan adanye highway LATAR. eh promote lah pulak kan. so dipendekkan cite, kitaorang jupe la mentarang kat tepi jalan tapi tak banyak macam mase fes time kitaorang lalu situ dulu ... rupenye suratkhabar utusan tu salah info ler ... sekarang bukan musim mentarang. harga pun mahal gak la. sekilo rm7 saiz kecik. pakcik tu kata musim mentarang dalam bulan april-may cenggitu. bleh la dapat dalam rm4-5. mintak pakcik tu bakar and kitaorang makan terus kat situ. settle dalam perut. heee~

Sunday, October 17, 2010

Kerabu udang and Scalded Baby Chinese Mustard

Tonight's menu is kerabu udang and sawi kecik with mushroom and oyster sauce.

Initially i wanted to make kerabu suhun macam served at vichudda tuh but the recipe that i have, uses squids ... so i googled away and i found this. it doesn't use suhun and there are a few ingredients that i don't have in hand but projek mesti diteruskan... this is my first time eating this and tersangat la sedap mak nyah....nak kena simpan resipi ni...

pwincess memang suke ape2 yang ade daun kesum+bunga kantan+serai +daun limau purut ...and pwincess doesn't mind pun eating those raw bawang merah in this dish hokey ... fuh pecah rekod~
just look at those succulent prawns.. encik mon, adakah anda jelesi?hihi
Bahan-bahan :10 ekor udang besar/sederhana (dikupas kulitnya, bersihkan dan dicelur dgn air mendidih, angkat dan toskan)
1 cm halia dan lengkuas (diketuk)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 batang serai (dihiris)
1 biji tomato (dibuang biji dan dihiris dadu kecil)
sedikit kacang panjang (dihiris kecil)

5 biji cili api (dihiris kecil)
1 labu bawang besar (dihiris dadu)

sedikit bunga kantan (dimayang)
sedikit daun kesum (diracik)
1/2 sudu makan sos ikan

1 sudu makan cuka
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
1 biji limau kasturi (diambil jusnya)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit garam dan gula

Cara-cara :

Gaulkan semua bahan di atas dgn udang dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

sumber : www.dayangjack.blogspot.com
thanks so much!


yang ni pulak, macam biasa je lah buat ..... celur-celur ... campak-campak .... dah siap .... senang je!

Wednesday, May 5, 2010

Steamed Tofu & Buttered Prawn

arini datang mood nak main masak-masak. tekak ni teringin sangat nak makan tauhu kukus dari aritu lagi ... tapi terpaksa suppress pasal mase tu kua makan dgn prince berdua aje, dia tak dapat makan tauhu, so macam kejam je kan kalau nak makan tauhu tu depan dia. so, arini decide nak masak steamed tauhu, resipi yang digunakan dtg dari rasamalaysia website tapi actual recipe dia ade satu ingredient yang HARAM so pwincess tanak c&p lah .. i hope takde issue dgn copyright or what.

banyak sbnrnye cara nak masak steamed tofu nih, ada yang simple sangat and ada yang leceh, dua tiga kali keje. tapi, pwincess tercari-cari resipi steamed tofu yang ade bende rangup2 atas tauhu tu. sampai skrg tatau amende yang rangup2 tu, and that's why i tried out this recipe, kut-kut lah dia rangup mcm pwincess tercari2 tu.

komen yang diterima oleh orang2 kat umah sume memberangsangkan (wow, look at the choice of word...haha.) tapi, yes, orang-orang rumah kata sedap sangat, so recipe ni leh la pwincess refer again in the future.

besides steamed tofu, i made buttered prawn and goreng cucur. Buttered prawn recipe gotten from Kak Nor's blog, thank u so much, kak Nor. tapi maaf ye Kak Nor, walaupun resipi ni tasty, tapi pwincess nak edit sket lah recipe ni in the future. kalau ikutkan resipi, udang digoreng dahulu baru buat egg floss. but my egg floss turned out to be soggy though the taste and look are already there. i might goreng egg floss dulu then only goreng udang kot in the future. lets see if it makes any difference.

Recipe as below, thanks to the contributors, pwincess C&P sini ye....:)

Steamed Tofu Recipe
Ingredients:
1 cube of silken tofu
2 tablespoons of dried shrimps
2 stalks of scallions (diagonal cuts)
1 red chili (diagonal cuts)
1 teaspoon of oyster sauce
2 teaspoons of soy sauce
1/2 cup of water
Salt to taste
Sugar to taste
A few drops of sesame oil
White pepper powder to taste
Soak the dried shrimps in warm water for 10 minutes. Drain the water and chopped the dried shrimps into small pieces. Steam the tofu for 5 minutes and set aside. Heat up a wok with some oil and stir fry the dried shrimps until fragant. Add in the water, oyster sauce, soy sauce and bring it to boil. Add in the scallions, red chili, sesame oil, salt and sugar (to taste) and white pepper powder. Quick stir for 30 seconds and pour the toppings onto the steamed tofu. Serve hot with rice.
Buttered Prawn (http://secubitgaramnor67.blogspot.com)
Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

Thursday, November 5, 2009

steamed fish

yesterday i cooked steamed fish for dinner, eaten together with fried kuetiow. nothing spectacular, just that i need to write this somewhere as my reference in the future ...

untuk ikan :
ikan (siakap atau bawal putih)
1/2 camca teh lada sulah
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung

bumbu :

1 1/2 camca besar minyak - i've tried sesame oil and olive oil, both tasted yummeh
1/2 kiub pati ikan bilis
3 biji limau kasturi
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh gula
lada sulah
oyster sauce
kicap
cili padi - me love pedas nyengat so bubuh banyak-banyak
1 atau 2 batang serai - dititik
daun limau purut - dihiris nipis-nipis
setengah bunga kantan - dihiris nipis-nipis
tomato - dibelah seperti buah oren
daun sup untuk hiasan

method:

1. panaskan kukusan.
2. ikan dibasuh bersih-bersih ... lumurkan dgn limau kalau nak bagi buang bau. then, lumurkan tepung jagung, garam dan lada sulah. ketepikan.
3. masukkan sume bahan bumbu dalam mangkuk/bekas untuk dikukus.
4. gaul bumbu dan ikan thoroughly, even celah-celah perut pun kena gak gaul. susun tomato tepi-tepi ikan as bodyguard .
5. tutup mangkuk/bekas dan kukus sampai ikan masak.

sedappp ..... sampai terlupe nak snap gambaq. lenkali leh wat lagi nyam nyam. senang je nak buat masakan stim-stim ni ... main campak-campak aje. cume pwincess aje terlebih rajin nak hiris nipis-nipis some of the things. mlm ni nak masak siakap 3 rasa pulak since dah ade nenas pwincess beli smlm.


Wednesday, May 13, 2009

siakap 3 rasa

feels like posting up a recipe of a dish that i tried out during last weekend. nothing bombastic, so no worries. here goes :

ingredients:
for ikan :
tepung jagung, garam, gula, serbuk kunyit and cili giling

for sauce:
minyak for tumis

2 heaps of blended bawang putih
4 heaps of blended bawang merah
oyster sauce
2 heaps of cili giling
2 small tomatoes - diced
2 slices of pineapple - diced
daun ketumbar
garam
gula
belacan sket (sape yang prefer lah)

caranye :
1. lumur tepung jagung, serbuk kunyit, garam, gula and cili giling pada ikan siakap ... then, goreng sama dia. put aside.
2. guna minyak yang sama, tumis bwg putih .... bagi dia wangi2 sket, jangan sampai garing pulak...tak sedap gitu
3. tumis pulak bwg merah .... sama kes as previous, tumis bg wangi2 and kuning2 best. sape suke belacan, leh tambah masa ni ...
4. masukkan cili giling and oyster sauce ... bagi sampai naik minyak
5. masukkan pineapple ... tomatoes ... garam and gula
6. bile all set, tup api and tuangkan atas ikan siakap yang dah siap goreng earlier
7. tabur daun ketumbar
8. baca doa makan and ngappp...:D



the smiling siakap 3 rasa :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...