Tuesday, January 25, 2011

Kuih Bakar

2 minggu lepas, pwincess ada cuba resipi satu kuih tradisional ni, semata-mata nak perabihkan santan kotak yang expiry date nak dekat. mule-mule tu tak budget pun nak buat kuih bakar.... yang sebenar2nya, sepanjang hayat setakat ni, tak penah lagi laa simpan angan-angan nak buat kuih bakar ... tah cane tah aritu klik klik klik , tetibe directed ke resipi kuih bakar joayee ni ... dalam hati macam, bior betul aku nak buat kuih bakar??? haha. xpelah kadok ... asalkan santan kotak tak masuk bakul sampah udah ... so camni ler resultnye ~


tak sangka la pulak senang giler nak buatnya .... pasal masa kecik2 dulu, papa cakap kalau nak buat kuih ni kena bakar guna sabut kelapa la aper la ... like, remeh giler!!

resipi ni takde unsur-unsur remeh langsung pasal dia guna cara moden so, sapa-sapa yang teringin nak makan tapi tak jumpa orang yang jual sedap/saje-saje nak cuba try test resipi ni ... try la ye ...

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan. blend sampai sebati.
  2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing (pwincess bakar dalam 50-55 minit cenggitu)
taraa~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...