Yee haaa ..... cuti panjang minggu ni sempena dengan tahun baru cina. So, family pwincess pun hape lagik, buatlah makan-makan. suke betul depa dengan makan-makan ni. main dish hari ni ialah laksa sarawak ... fav pwincess sama pwince. And as usual, I was nominated to make dessert ... ~
creme caramelkah itu?
oh, no no no .... sekali tengok macam creme caramel. tapi sila tengok kali kedua dan seterusnya ye ... pasal dia sebenarnya ialah kek puding karamel. yang specialnya ialah, dia ada lapisan kek di bawah lapisan creme caramel.
sedap sangat tau (sorry masuk lif tekan button sendiri ;p) ... nway, just to share, pwincess penah buat dalam small individual dish macam dalam gamba kat bawah ni -
Next time, I wanna try out with chocolate cake at the bottom. sure yummy! kalau kat bawah dia chocolate cake, nama kek tu dah jadi pastel impossible (impossible cake)and it's sangat femes kat south mexico. nape nama dia impossible cake? haa .... can you imagine custard/flan baked together with chocolate cake? that's impossible! tu yang dia dapat nama impossible cake.
Bahan-bahan (20cm)
1 sudu besar air
2 sudu besar air
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega - dicairkan
*updated with recipe, thanks so much :)*
Bahan-bahan (20cm)
- Karamel
1 sudu besar air
2 sudu besar air
- Puding
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila
- Kek span
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega - dicairkan
- Cara-cara
- Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
- Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
- Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
- Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
- Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
- Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
- Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
- Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
- Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
- Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
- Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.
2 comments:
Dap. Nak impossible cake
okay, bile free nanti oraits
Post a Comment