Tuesday, April 19, 2011

of Trifle and Gucci

dah lama tak menge-kek bagai. ouh rindu! tapi nak wat caner, bizi giler aaa lately ni. nak kejar dateline, dgn exam tetiap minggunye. tapi apa2 pun, oleh kerana serbuk jeli nona pwincess nak expire ... oh no no ... so terpaksa jugaklah menjalankan operasi tergempar menge-kek semalam.

pwincess dah lama skodeng sama ini resipi trifle mat gebu. resipi dia memang from scratch ... fuh, mampukah daku ... dalam kesuntukan masa pulak tu ... kepenatan lagi ... tapi pasal kebetulan, other than jeli nona, pwincess ada tepung optima yang sangat precious itu, beli masa singapore trip last year ... tu pun dah nak expire ... hah aper lagi ... buat je lah from scratch.

buat buat buat ... pastu masuk dlm freezer kejap .... bagi dia cpt sket membeku dan menyejuk....and, malam semalam jugak kitaorang merasmikan trifle tu. pasal dah lewat malam, xkan nak melantak dessert byk-byk kan ... so pwincess buat dlm tupperware, senang kalau nak simpan balik without fuss. resipi mat gebu kalau buat dlm disposable tupperware mcm dlm gambaq kat bwh ni, dpt la 2 bekas. tapi presentation kureng sket la ... tak kesahla kaduk, nama pun for own consumption, kan?

dpt 2 container
close-up sket .. hok ni jeli sket, buah byk
hok ni pulok buah sama byk mcm td cuma jeli extra .. i love jeli nona hik hik

rasa dia .... fuh, sedap! timakaseh sgt2 for sharing this recipe, tak rugi pwincess buat from scratch. orang2 kat rumah smlm pun cakap sedap ... ada yang kata, kastad tu yang menyedapkan trifle ni, ada pulak yang kata, kek tepung optima tu yang melazatkan trifle ni pasal dia melt in the mouth. (adeh, tak rugi encik mon bayarkan tepung berharga almost rm10.00 ni, hihi thanks momon, i lap u)


TRIFLE - Adapted from Trifle Istimewa Mat Gebu

BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B (i use 2 gred A eggs at room temp)
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa (i used 3 tblspn gula kastor utk menyahut kempen kurangkan gula ;p)
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

my way :- didihkan air 400ml dlm periuk and then masukkan semua serbuk jeli nona ke dlm tu. kacau2 sampai mendidih skali lagi dan ketepikan.

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

ouh, nak cite. b4 acara menge-kek ni, pwincess g jumpe dentist. patutnye semi-annually checkup december ritu, tapi pasal malas nak dgr bebelan dentist regarding bridging, tu tak jupe tu. i mean, wow, the thought of doing bridging scares the entire me. it involves cutting half of your gigi, untuk muatkan another dua gigi. takut, okey? and not to mention abt the cost. more than 1k for that london bridge in the mouth. boley dapat coach full leather satu with wristlet.

ah yes, talking about handbags. i caught sight of my dentist's handbag yesterday. sempat lagi mata aku meliar kan, hehe. it was vintage web medium boston bag. so stunning, duduk diam-diam secara elegant kat tepi tingkap. ouh~

oh my Gucci!

believe it or not, satu ketika dahulu pwincess amatlah tak paham nape orang kegilaan sangat akan gucci and lv. yes, pelik gile okeh. dgn petak-petak tu saje dah mencecah ribuan ringgit. tapi tu lah, apa mimpi... skrg ni syok pulak dok jamu mata tgk design lv and gucci. hopefully ada laaa rezeki tersepak dlm masa terdekat ni ... amin~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...