Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah 1436 dan Resipi Mee Hailam


Salam Maal Hijrah ! 

Semoga tahun ini membawa lebih banyak keberkatan dan dapat tingkatkan lagi iman dan taqwa kita semua, insya Allah ...

Dah makan tengah hari semua? Kami belum ... tengah tunggu ayam defrost ... plannye nak masak mihun sup ... macam biasa, resipi mihun sup  yg dlm blog ni jugak ... tu yang kalau tak record resipi dlm blog ni, kena cari satu-satu kat blog orang .... tetibe teringat belum update lagi blog tentang resipi mee hailam yang dibuat bulan lepas ... haa kang time nak cari balik, menonong sudah ...

Pwincess jarang sangat makan mee hailam ... even kalau gi warung makanan pun, memang tak pernah order mee hailam. Ikutkan Encik Mon, masa dia kecik-kecik dulu, MIL rajin gak masak mee hailam untuk makan petang ... rajinnye .... resipi ni amek dari dapur masam manis :)


Mee Hailam

1 kg mee kuning atau mee tiau
1/2 kg daging ayam di potong kecil
1/2 kg daging lembu batang pinang di potong kecil
10 ekor udang
 
Bahan kisar
4 ulas bawang putih 
8 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering ~ dipotong kecil dan rendam 
1 inc belacan
1 inc halia
 
Bahan Sos
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu tepung jagung di bancuh dengan setengah cawan air
1 kiub ayam atau kiub daging
garam dan gula secukup rasa
 
Sayur
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
2 biji tomato ~ belah 4

Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Tapi kalau daging lain rebus dahulu hingga empuk
Kisar semua bahan kisar hingga halus. 
Pijarkan minyak dalam kuali dan tumis hingga harum
Kemudian masukkan daging dan ayam.
Masak hingga daging dan ayam empuk.
Tambahkan air jika kuahnya kering.
Masukkan , kiub ayam atau daging, sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
Masukkan tomato buah yang di belah 4 
Perasakan garam dan gulanya
Kemudian masukkan sayur-sayur yang keras dahulu seperti, karot dan putik jagung
Biar kuah merenih.
Jika suka kuah pekat bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung.

Tips yang di-share oleh kak Ita:

Mee Hailam enak di makan panas-panas
Bila nak makan
Ambil pan kecil, masukkan kuah yang kita dah masak tadi sedikit untuk hidangan berapa orang nak makan
Panaskan
Masukkan mee kuning atau mee tiau, ikut kesukaan
Kemudian masukkan sayur-sayuran yang lembut, macam sawi, kubis daun sup dan daun bawang.
Jika sukakan telur, boleh pecahkan sebiji telur kemudian tutup pan tadi hingga telur setengah matang.
Boleh lah di hidangkan bersama cili jeruk, limau nipis dan taburan bawang goreng
ini untuk di makan dalam jumlah yang ramai.
Kalau nak masak sikit untuk sorang atau 2 orang makan, kecilkan jumlah bahan dan boleh di masak terus.

What we did was, celur mee asing, dan kemudian cedok kuah panas-panas ke dalam mangkuk masing-masing. Cili jeruk macam kat dalam gambar tu tak sempat nak menjeruk sangat .... mana taknya, baru terpikir nak makan mee hailam, tang-tang tu baru nak gi kedai runcit beli cili hijau ... buat cili jeruk ... tu yang cili tak nyempat-nyempat nak menjerukkan diri ... kikiki 

Friday, October 17, 2014

Guangzhou - Guilin Trip 2014 : Day 5

12 Oct 2014

Wow, it's our last day in Guilin! how fast the time flies ~

So hari terakhir ni, takde apa sangat, just that after breakfast and check out from the hotel, we visited the Elephant Trunk Hill which is very near to our hotel, about 3 minutes away. This is a symbol of Guilin and it got its name because it looks like an elephant drinking water. 




Then, off we go to the airport and later transit at Guangzhou before we return to KL.


Bye bye Guilin. See you again, insya Allah.

Guangzhou - Guilin Trip 2014 : Day 4

11 Oct 2014

Sesudah breakfast dan seawal jam 7.45 am, kitaorang dah bergerak menaiki bas menuju ke Yangshuo. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 15 minit. Sepanjang perjalanan kita boleh lihat pemandangan yang indah dan mendamaikan hati.


Di Yangshuo, kami dibawa melawat ke Silver cave yang terkenal dengan keunikan stalaktit dan stalagmit pelbagai bentuk. Sepanjang jalan memasuki entrance Silver cave, boleh dilihat penjual menjual keladi rebus, dried persimmon, jagung manis rebus dan pelbagai jenis buah-buahan. 


Beberapa snapshot sebelum memasuki silver cave :




Kata orang, nak masuk silver cave ni, kena ada lutut yang kuat dan semangat  yang kental kerana ia memerlukan banyak berjalan. Memang ye pun ! Banyak betul anak tangga, naik turun bukit dalam cave tu beb! Alhamdulillah little button cergas dan banyak tenaga .... sikit pun tak minta kita dukung dia ... kita-kita ni pulak rasa besnye kalau ade orang dukung kita ... heheheee

subhanallah!

percaya tak, yang bawah tu actually a reflection of the stalactite on the above? there's a river down there

Seakan-akan bentuk lingzhi
Kemudian, kami dibawa makan tengah hari dan solat jamak di restoran tersebut. Sesudah itu, kami exercise sedikit, dengan berjalan kaki dari restoran ke tempat menaiki bot sepanjang Li river (tak dekat sangat) tapi dapatlah kita lihat sedikit sebanyak kehidupan seharian orang2 tempatan di situ.





Akhirnya tiba jugak ... entrance nak naik bot :



 Kemudian, kami menaiki bas untuk pulang semula ke Guilin dan terus menuju ke Bamboo Charcoal Super Market. Di sini dijual pelbagai produk berasaskan bamboo charcoal. Seterusnya, kami diberi pilihan, nak tengok acrobatic show atau tidak. pertunjukan adalah pada fixed time at 7.30 pm, so kami semua ditapau dinner, dan those who opted not to join dihantar untuk berehat dan dinner di hotel. Lepas show dah habis, rombongan di hotel dijemput menaiki bas menuju ke Zhenyang Pedestrian Street untuk souvenir shopping. Di sini tempatnye tak besar dan kebanyakan booth jual bende yang sama. I was hoping ada jual buah, teringin gak nak makan buah Guilin tapi tak jumpa. 

Sekian untuk hari keempat.

Thursday, October 16, 2014

Guangzhou - Guilin Trip 2014 : Day 3

10 Oct 2014

After we had breakfast, around 8.00 am we checked out from the hotel and headed to Sanyuanli Leather Market. It opens at 9.00 am but we arrived there around 8.30 am. You can find many leather goods here and you may haggle with the sellers.


Some of the stores
We were given ample time here for shopping, about 2 hours but I was not interested so most of the time my dad and I just rested by the side while mama went off shopping.

Then, it was lunch time (eat again??!!). We had early lunch at 11.00 am because we need to catch our flight to Guilin around noon. So it was the same lunch place and outside the restaurant, there were some fruit peddlers. Most of us bought some cherries from them the day before, 20 Yuan for half kilo.

Buah bidara. You can see she is using penimbang zaman dulu-dulu
Flight from Guangzhou to Guilin took about 1 hour and we were served salted peanuts and mineral water. We got onto our bus around 4.15pm and by now I was sooooo hungry. I took a look at the packaging of the salted peanut, there was a halal logo and my dad said this can be eaten. So I ate the peanuts, and shared with my mom. Later, kitaorang kena sound dengan 'someone', dia kata ade orang yang degil, dah nasihat supaya jangan makan apa-apa snack by China Southern from Guangzhou to Guilin pasal tak halal ... tapi dah degil, nak buat caner kan. Kami rasa ralat la jugak, pasal ade tanda halal and jarang la dengar kacang tanah  digoreng dgn minyak babe. 

Tapi ni nak cite in advance, kitaorang pun made a mental note la, pasnih jgn makan la dlm flight tu walau lapar mcm mana pun kan. Sekali on the way back from Guilin to Guangzhou, the same flight served 2 biji roti to all passengers ... dahla kitaorang lapa gila, cume breakfast telur rebus je pukul 7 pagi dan takde lunch, sampai la the next meal dalam pukul 6.30 petang dlm flight ... bayangkan lapa dia mcm mana ... sekali the same 'someone' kata kat my mom, "eh, akak tak makan roti derang bagi ke tadi? laaaa.....kenapa pulak. rugi la akak. saya dah selamat makan dah pun." Adehh ... roti yang big possibility boleh ade lard dalam tu, takde logo halal di kotak, boleh pulak dimakan. salted peanuts tak boleh pulak. 

Ok, back to the story. Sampai-sampai, kita dibawa ke silk house. Tunaikan solat jamak di sini dan shopping here. After that, makan dinner di restaurant halal kepunyaan an indian. Later, kita checked in Vienna Hotel. 

Hotel ni ni 4 star, dan pwincess dapat bilik di tengah-tengah, dan sangat luas. Alhamdulillah. Wifi disediakan and the room is brighter compared to Euro Asia.

Room 505

Ade mixer shower as well as power shower

Wednesday, October 15, 2014

Guangzhou - Guilin Trip 2014 : Day 2

9 Oct 2014

Kita dikejutkan dengan wakeup call at 5.00 am untuk Subuh dan another call at 7.00 am for breakfast. After we had our breakfast at the hotel, we headed to Flower City Square. The weather was bright and sunny. Kat sini just bersiar-siar dan amek gambar di sekitar park.

Sesudah itu, kita bergerak menuju ke makam Saad Abi Waqas (di Huaisheng Mosque) yang dikenali sebagai penyebar syiar Islam di negara China. 



Wangi sangat sepanjang di kawasan perkuburan

Makam sahabat-sahabat yang sama-sama menyebarkan Islam


Makam Abi Waqas


Sebenarnya, pwincess rasa seriau jugak nak snap-snap gambar makam ni ... pulak tu upload lak dalam blog. tapi tengok ramai je yang buat, kita belasah je la. lagipun niat nak share memory bersama those yang belum berkesempatan nak ziarah ke sana. 

Next stop is Burning Cream Herbal Centre. Ini termasuk dalam government shop di mana rombongan diwajibkan untuk singgah at least 45 minutes ... pergh.This is not new, dulu mase trip Beijing/Shanghai/Suzhou jugak penah dibawa. There was a presentation of the products and later we were demonstrated how besi yang panas2 gile tu dipegang oleh orang dia, dan dia cpt2 sapu cream ni. after 25 minutes, dia suh rombongan pegang tangan dia yang as if nothing happened to him. Bao Li Fung cream size 100g 320 Yuan, yang kecik sket 50g ialah 200 Yuan. Nampaknya dah naik sket harga dari dulu. Later, dia ckp la yang kita ni sangat bertuah, because KEBETULAN ade professor tersohor di Beijing tu dtg buat lawatan kat centre tu dan baru je nak balik keesokan harinya. so for those yang nak free diagnosis from the professor boleh la ikut dia masuk bilik consultation. lepaih tu ... tau lah kena ketuk mcm mana kan ... heehehe. 

Lepas tu shopping time. Kalau dlm itinerary, katanye kita dibawak ke Haiyin Fabric Market. Tapi ni kat building tulis Highsun String & Cloth Market. Kita diberi masa 1 jam untuk shopping kain/cadar/alas meja kat sini.


Lepas dah shopping fabric, now it's lunch time..... kita dibawa ke restoran abdullah. kat sini makan best....

Dah kenyang, kita dibawa ke kedai jade. Kat sini pun government shop. As usual, presentation slides and later, katanye, nasib kita baik because boss dia (Andy) is around .... rombongan pakat mintak souvenir dari Andy ... tak sangka pulak dapat ... 

Akhir sekali, kita dibawa ke Beijing Road Walking Street untuk acara shopping. tapi hampeh gile. takde kedai menarik atau barang yang menarik minat kami. tatau la rombongan lain caner kan. Ader la 1 or 2 kedai jual baju dan kasut budak ... tgk2 kasut ade kulit babe ... emmph. 


Lastly kita gi makan dinner kat kedai malam sebelum tu dan balik otel untuk berehat.

Guangzhou - Guilin Trip 2014 : Day 1

Bismillahirrahmanirrahim ...

Lama dah tak update blog ni kan ... ni pun rasa malas bebenor nak update ... tapi kang takde dalam rekod pulak ... macam Batam Trip early this year...hehe .... punye la lama dalam draft ... tu pun tak habis2 mengarang kekekeke .....

Pwincess baru je balik dr Guangzhou - Guilin trip  ni ... sebelum terlupe pasal vacation ni, kena cepat-cepat blog about it. Trip ni actually dari awal tahun lagi berura-ura nak pergi ... tapi setakat cakap-cakap tanpa action .... ni dah 5 bulan pregnant haaa baru lah terkocoh-kocoh cari travel agent bagai. Honestly, I prefer to DIY your trip ... tapi memandangkan pwincess akan travel with a toddler and being pregnant dan Encik Mon tak ikut sekali, decision untuk join travel agent adalah yang terbaik buat masa ini ... that was what I thought ....so this trip, adult fare is RM2,799 dan little button kalau tak silap RM2,612 ... kami travel bersama my parents ... so amek bilik berdua for each pair since we were told that hotel di sana usually 3-star (sempit). 

8 Oct 2014

This trip was from 8 Oct - 12 Oct 2014 ... 5 hari 4 malam dan penerbangan adalah dengan China Southern Airline. Flight from KL to Guangzhou approximately 3 hours and 50 minutes. Food served was halal .... we were given a choice either fish rice or chicken noodle. I chose the latter for myself and fish rice for little button. Food was not that yummy ... but I ate it all anyway. Rezeki jangan ditolak lah katakan....Sampai-sampai je Baiyun Airport dalam pukul 2 petang lebih ... and nak claim baggage bagai, dalam kul 3 lebih gak la nak naik bas. Baiyun airport sangat besar .... berpeluh gak lah nak berjalan dalam tu. 

Cuaca di Guangzhou sangatlah teramat panas - 31 degrees!! Terkejut hokey .... because sebelum pergi dah buat la research ... it should be autumn now ... and suhu dalam 19-22 degrees cenggitu .... just nice lah, macam sejuk-sejuk aircond kita kat sini. makcik-makcik semua yang dah siap bawak jaket tebal semua pack balik masuk dlm beg. 

Lagi satu yang mengejutkan ialah jalan sana sini di Guangzhou adalah teramat congested .... penat weih. Tour guide kata we are very lucky because they just ended their national holidays, from 1 Oct - 7 Oct ... during those days, everywhere adalah sangat packed. adoyai ... kalau ni pun dah jammed, caner lah ye mase national holidays derang tu kan. Our first stop in Guangzhou is Huaisheng Mosque ... dalam perjalanan nak menuju ke Huaisheng Mosque ... ader pulak orang tak tahan nak ke toilet .... so terpaksa drop dia kat hotel tepi-tepi jalan tu dan kita terpaksa mengharungi balik jem utk buat satu pusingan. huhu. 

Last-last, sampai pun di Huaisheng Mosque. We all performed our Zuhur-Asar prayer here ... cantik masjidnya. Ada unsur-unsur budaya Cina di sini. This is said to be one of the oldest mosques in the world ... and is also called the Light Tower Mosque since the tower once had a beacon light on top for ships. 



Rata-rata blog kata please beli satay kambing yang dijual di area masjid ni ... unfortunately, tak nampak sorang pun penjual satay kambing ke, ayam ke, atau apa2 jenis satay pun. 

Byk kedai menjual makanan halal di luar perkarangan masjid Huaisheng
Next, we went to Yuexia Park or also known as the "5 Rams Sculpture". We were told by the tour guide that this 5 Rams Sculpture is a symbol of Guangzhou. If you have been to this place, it means you have been to  Guangzhou. Legend has it that many thousands of years ago, the immortals had gifted the city with five lucky rams that turned into stone.

Entrance of Yuexia Park

The trademark of Guangzhou - 5 Rams Sculpture
After that we headed to a Muslim Restaurant for our dinner. By now, I felt really exhausted oh boy. Terdapat juga pilihan lawatan tambahan on that night : Pearl River Night Cruise (150 Yuan=USD 25=RM75). For those who opted not to join had to wait in the bus ... before everyone got to check into the hotel. 

Our cruise - Bank of Guangzhou

Scenery around the riverbank

Pearl River
Guangzhou Tower at night
The cruise took 1 hour and we were served bottomless chinese tea. Dari boat boleh nampak macam bangunan tinggi pencakar langit di sekeliling ... dan bridge as well as Guangzhou Tower ... cantik dia berubah-ubah lampu warna-warni every minute. Ada juga photographer yang khabarnya mengambil gambar FOC .... lepas snap, dia bagi slip, dan kita kena collect the hard copy later ... sekali mase nak collect, kena bayar 20 Yuan utk sekeping gambar .... hahaha ... semua orang sudah terkena la beb ~

By now, mmg terserlah la kepenatan semua orang .... so kita pun pergi check in otel. We stayed in Euro Asia Hotel. Bilik pwincess adalah corner lot, alhamdulillah luas sangat-sangat. This hotel provided kettle, hair dryer, TV and lots of power plug but no fridge. As you can see, the room is lacking in brightness.


dekat hujung kiri tu pun ade space lagi, study table and such
That's it for Day 1 !
Night night ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...