Sesudah breakfast dan seawal jam 7.45 am, kitaorang dah bergerak menaiki bas menuju ke Yangshuo. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 15 minit. Sepanjang perjalanan kita boleh lihat pemandangan yang indah dan mendamaikan hati.
Di Yangshuo, kami dibawa melawat ke Silver cave yang terkenal dengan keunikan stalaktit dan stalagmit pelbagai bentuk. Sepanjang jalan memasuki entrance Silver cave, boleh dilihat penjual menjual keladi rebus, dried persimmon, jagung manis rebus dan pelbagai jenis buah-buahan.
Beberapa snapshot sebelum memasuki silver cave :
Kata orang, nak masuk silver cave ni, kena ada lutut yang kuat dan semangat yang kental kerana ia memerlukan banyak berjalan. Memang ye pun ! Banyak betul anak tangga, naik turun bukit dalam cave tu beb! Alhamdulillah little button cergas dan banyak tenaga .... sikit pun tak minta kita dukung dia ... kita-kita ni pulak rasa besnye kalau ade orang dukung kita ... heheheee
subhanallah! |
percaya tak, yang bawah tu actually a reflection of the stalactite on the above? there's a river down there |
Seakan-akan bentuk lingzhi |
Kemudian, kami dibawa makan tengah hari dan solat jamak di restoran tersebut. Sesudah itu, kami exercise sedikit, dengan berjalan kaki dari restoran ke tempat menaiki bot sepanjang Li river (tak dekat sangat) tapi dapatlah kita lihat sedikit sebanyak kehidupan seharian orang2 tempatan di situ.
Akhirnya tiba jugak ... entrance nak naik bot :
Kemudian, kami menaiki bas untuk pulang semula ke Guilin dan terus menuju ke Bamboo Charcoal Super Market. Di sini dijual pelbagai produk berasaskan bamboo charcoal. Seterusnya, kami diberi pilihan, nak tengok acrobatic show atau tidak. pertunjukan adalah pada fixed time at 7.30 pm, so kami semua ditapau dinner, dan those who opted not to join dihantar untuk berehat dan dinner di hotel. Lepas show dah habis, rombongan di hotel dijemput menaiki bas menuju ke Zhenyang Pedestrian Street untuk souvenir shopping. Di sini tempatnye tak besar dan kebanyakan booth jual bende yang sama. I was hoping ada jual buah, teringin gak nak makan buah Guilin tapi tak jumpa.
Sekian untuk hari keempat.
0 comments:
Post a Comment