Monday, December 29, 2014

Dubai Trip - Part 2

Sambungan daripada Part 1 sebelum ini ... link as below :


Hari Ketiga - 24 November 2014

Pwincess ada seorang kawan baik yang menetap di Dubai ... so kita pun berjejak kasih laaa ... kami dipelawa untuk makan malam dan bersiar-siar sekitar downtown dubai malam tu. Happy sangat-sangat bila akhirnya dapat berjumpa .... ye lah, almost 4 tahun kita tak bersua muka, kat tanah dubai jugak dapat berjupe hehehe ....

Kami dibawa makan nasi arab di restoran Al-Tawasol yang terletak di Al-Rigga. Kitaorang gi lepas Isya', untuk avoid traffic congestion. Kat dubai, traffic jam dia boleh tahan macam kl gak woo ....


Dengan family kak nas ... comel-comel anak dia :)
 Sedap sangat nasi arab kat restoran tu .... kat situ, nasi arab dia accompanied by ulam-ulaman ... ada timun dan daun arugula, makan dgn sambal belacan style orang arab. sedappppp ~

Lepas tu, kitaorang gi Al-Ghurair Centre untuk menjamu mata dengan Italian Cotton. Murah, kualiti tinggi dan banyak choice .... pwincess mmg tak bajet nak beli kain Italian Cotton....sekali rambang mata lah pulak bila masuk kedai-kedai kain tu. 4 meter AED100. Alhamdulillah, angkut gak la 2 pasang hehehehe.....


ini lah dia kedai kain yang jual italian cotton paling best

inside al-ghurair centre
 Then, we went sightseeing around downtown dubai .... tgk nightlife kat sini mcm mana ... since it was winter, memang sedap angin malam.

Menara jam ni used to be landmark Dubai before kewujudan Burj Khalifa

Hari Keempat - 25 November 2014

Hari ni kitaorang explored Dubai Mall. Itu orang kata, so near, yet so far. memang dekat sangat, tapi nak berjalan tu jauh la kot ...

Dubai Mall ni ialah the biggest shopping mall in the whole world and total kedai yang ada dlm ni berjumlah 1,200 buah. Memang besar sangat ... satu hari nak menawaf memang tak cukup lah ...

So kitaorang ada strategy .... dah siap-siap list down nak explore apa kat dalam Dubai Mall ni. Mula-mula kita start dari the SOUK ....

Pintu masuk the Souk dlm Dubai Mall

Antara gold jewelleries yang dijual ... memang nampak exclusive designs

Kebetulan ada Dubai Dino .... dapat ler kita bergambar ... eh mana kepala dia ?

........ tu dia! badan punye besar panjang, kepala cinonet aje .... hihihi

interior Dubai Mall ... cantik kan ....
Next, kita pegi ke Dubai Ice Rink pulak .... crowd nye just nice saje ....




Kita teruskan lagi perjalanan .... pastu, tak tau pun ade waterfall ni dalam Dubai Mall, tapi ni yang dikatakan kalau dah jodoh, memang tak ke mana .... jalan jalan jalan, tup tup berjumpa dengan tak sengaja dgn waterfall ni :)



one of the decorations 
Teruskan lagi perjalanan ... singgah jap di Sephora, ingat nak tanya harga barang aje ... sekali dapat makeover ... hihi~

Next, kita pergi ke Dubai Aquarium & Underwater Zoo. Tiket nak masuk tatau lah berapa pasal kitaorang tak masuk. korang leh tengok aquarium tu dari luar je ....




Dah puas snap-snap gambar dengan sharks bagai, kitaorang gi tengok Dubai Fountain yang berada di luar Dubai Mall. Juga, dikatakan the largest fountain system di dunia setakat ini. Cantik sangat fountain show tu .... dia menari-nari ikut lagu yang sedang dimainkan ... pertunjukan bermula seawal jam 6.00 petang hingga 10 malam, setiap 30 minit. Dan yang paling best ialah pertunjukan tu free aje :)



Lastly, kita pergi ke Souk Al-Bahar. Souk ini berada di luar bangunan Dubai Mall, ada bridge untuk gi situ.
Entrance

Inside souk al-bahar

family picture berlatarbelakangkan the tallest tower in the world
Berakhir sudah hari keempat kita .... balik bilik dan ordered room service ... kata orang, Dusit Thani terkenal dengan tom yum goong nya yang enak sekali .... itu yang kitaorang nak cuba tu hihi!

candlelit dinner .... more of supper actually ;) ... and without the candle 
Our adventure in next entry :


Saturday, December 27, 2014

Dubai Trip - Part 1

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum .... 


Setelah sebulan lebih berlalu ... barulah ada kesempatan untuk berblog tentang Dubai Trip yang pwincess pergi satu family dari 22 Nov 2014 - 29 Nov 2014.

Hari Pertama - 22 Nov 2014

Kitaorang fly dengan menaiki penerbangan MAS. Tambang dalam SGD600 + dari Singapore, transit di KLIA dan terus ke Dubai pada waktu petang 3 pm. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 6 jam lebih.

Beza waktu Dubai dengan Malaysia ialah 4 jam. Kitaorang menginap di Dusit Thani yang terletak di Downtown Dubai. Masa masuk bilik, time tu dah kul 9 malam lebih, and rasa exhausted sangat. So kitaorang unpack barang and rest. Kitaorang dapat bilik best, menghadap Burj Khalifa.

Jom tengok gambar bilik ...

Lengkap dan bersih





Hari Kedua - 23 Nov 2014

Bilik di Dusit Thani tak include breakfast so kitaorang ada pack food, which was a good thing memandangkan bilik disediakan dapur, lengkap dengan pinggan mangkuk, periuk, dishwashing liquid, sponge, microwave, fridge.

Dah alang-alang cite pasal bawak food sendiri, haa ni nak recommend brand Amocan canned food....memang sedap. Takde rasa artificial etc. Even the El-Dina luncheon meat also is recommended. Lenkali leh beli these brands buat stock.



Pwincess explored the hotel a bit during the day while Encik Mon pergi kursus. Swimming pool and gym facilities terletak di rooftop. Sangat berangin and cantik view.


Petang tu lepas Encik Mon dah balik from kursus, kitaorang naik cab ke Dubai Mall untuk pergi ke Burj Khalifa. Tiket dah siap-siap beli online di official website. Bayaran dikenakan sebanyak AED150 untuk seorang. Cuba nak dapat earlier slot tapi fully booked, so amek kul 6.00pm .... rupenye dah gelap gelita by then. Dapatlah tgk nightview....



Burj Khalifa terdapat 188 tingkat, tapi viewing deck berada di tingkat 124. Sebelum menaiki lif ke atas, kita dapat lihat progress pembinaan Burj Khalifa, orang-orang yang terlibat dalam pembinaan dan sebagainya.
Nombor kat pintu lif tu real time ... viewing deck is at tingkat 124 dan lif ni reach 124 floor dalam masa 60 seconds

Naik Lif to 124th Floor
Tak gayat pun si kecik ni
Nway, nyaman sangat rasa angin masa kat viewing deck tu .... ada jugak photographer tolong snapkan gambar dan kalau berkenan boleh decide untuk beli di kaunter ... sekeping dlm AED260 ...

Lepas tu kitaorang gi food court untuk dinner .... makan kat Baja Fresh. Tengok macam sedap je kat Singapore, tapi tak halal. so kat sini trylah makan ... sedap sangat ~


Jom tengok hari seterusnya pulak ....

Thursday, December 4, 2014

Mi Kari Original

Dalam banyak-banyak masakan mi, mi kari antara yang jarang sekali pwinces teringin nak makan .... bukan tak suka, tapi kurang minat. bila dah kurang minat, maka tak pernah la nak menelaah resipi atau mencuba resipi mi kari.

Tapi dalam perjalanan pulang dari Dubai ke Malaysia tempoh hari, semasa pramugari menghidangkan makanan breakfast, which was tuna croissant, tiba-tiba pwincess kata kat Encik Mon, "hmmmphh .... kalau dapat pekena mee kari ni, sedap jugak eh..."

Sesampainya di rumah, mmg terus google lah resipi -resipi mee kari. kriteria utama pencarian ialah yang paling mudah, yang dapat pakai semua bende yang ada kat rumah dan low cost. hihi. last-last we settled for resipi Mi Kari Original oleh Kak Lya.






Mi Kari Original (untuk 4-5 orang makan)

Bahan-bahan:

Sebungkus mee kuning - dicelur dan tos
Isi ayam setengah mangkuk - dipotong kecil *pwincess marinate ayam dgn garam dan goreng asing
Isi kerang rebus setengah mangkuk *pwincess guna isi lala
Setengah bungkus besar serbuk kari Baba's *pwincess guna 3 sudu besar rempah kari Faiza
Santan setengah pekat 5 cawan atau lebih ikut suka *pwincess guna 1 kotak santan Kara 200ml
Sebiji kentang - dibuang kulit dan direbus hingga empuk
Sedikit air asam jawa
Tau kwa * pwincess guna 5 biji
Fish ball dan fish cake

Bahan sampingan lain:

Tauhu digoreng dengan garam dan kunyit, dipotong dadu *pwincess tak buat
Bawang goreng, cili potong, limau kasturi, sawi celur, taugeh dibuang hujungnya
Garam
Minyak masak

Bahan tumisan:

Tumbuk lumat-
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah kecil
2 inci halia
2 tangkai daun kari

Cara-cara:

1. Dalam periuk yang sederhana besar, panaskan minyak dan tumis bahan tumisan yang ditumbuk lumat serta daun kari hingga wangi. Masukkan pes rempah kari. Tumis hingga naik minyak.

2. Masukkan isi ayam yang dibersihkan dan gaul rata. Biarkan seketika.

3. Masukkan santan, air asam jawa dan kacau sebati hingga mendidih.

4. Sementara menunggu mendidih, tumbuk lumat kentang yang direbus empuk tadi.Masukkan ke dalam kuah yang mendidih.

5. Masukkan kerang, fishball, fishcake, garam dan akhir sekali, tauhu yang digoreng tadi.

6. Hidangkan bersama bahan-bahan sampingan lain.


For reference: ada yang panggil tauhu cina/tau kwa/tauhu pok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...