Wednesday, March 26, 2014

Bingka susu

My brother in law was in langkawi and we thought of asking him to buy us the pemanggang ajaib. My mom have one and is useful for grilling,frying,etc without much mess..,in fact ia sgt berjasa semasa pwincess tgh berpantang dulu...
*foto ehsan google


Dah ada pemanggang ajaib,kena lah ada buku resipi menggunakan pemanggang ajaib jugak...betul tak...alasan sbnrnye tu hehe. Type je kat google,terus kua buku resipi by chef hanieliza. Elok2 plak dia baru publish buku tu 2 jan 2014...baru sgtlah di pasaran. Kita pun beli...dan belek2. Tgk2...selain dr boleh masak nasi dlm pemanggang ajaib tu,masak kek,bingka,muffin semua pun boleh!ajaib btul la tu. Dalam tu ada resipi bingka susu...me tak penah dengar mahupun rasa. Ni yang mula nak experiment ni...

Tgk bahan2 pun senang...so trylah buat. Tapi buat macam bingka biasa,dalam acuan bingka dan dibakar in the oven. 

Resipi dirujuk dari kak fida myresipi as pasted below. Gula just pwincess reduce jafi 25g. 

Bahan-bahan ( Loyang 8 X 8 in / 9 X 6 in )

  • BAHAN A : -
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu manis
  • 50 g gula pasir (opt)
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
  • BAHAN B :-
  • 500 ml air (2 cawan)
  • 100 g mentega / majerin ( 6 1/2 sb)
  • 50 g tepung kastard (5 sb)
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam

Cara-cara

  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Dscf5045
    Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Dscf5030
    Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan


Inilahh hasilnya.....mcm ni rupenye rasa bingka susu....sedap gak. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...