Sunday, June 18, 2017

24 Ramadhan 1438 - Mee Rebus Bonda Chef Wan

Bismillahirrahmanirrahim

Pejam celik pejam celik dah 24 ramadhan...tak lama lagi ramadhan akan melambaikan tangan meninggalkan kita, sayu pulak rasanya. Semoga dipanjangkan umur, dapat lagi bertemu di tahun hadapan. Aminn.

Ini ramadhan pertama kami di rumah 'baru'...saja kami sekeluarga memanggilnya our new house kepada anak-anak kami, rumah sebelum ini ialah our old house. Baru lagi ke....hmm dah 5 bulan dah. Baru lagilah kan, belum setahun lagi hihi.

Awal ramadhan hari tu, menarik jugak komuniti malaysians di sini...mereka organised an online pasar ramadhan. It is an online food ordering/marketing from a few pre-agreed food sellers through whatsapp platform. The group admin will first consolidate among the sellers on the menu to be offered and then announce it to the main group members. They will open the order until a certain date and time to give room for the sellers to prepare the food, etc. The buyers will confirm their menu and quantity. On the delivery date, the sellers will then deliver all the customers' orders to a checkpoint and the customers will come to collect and make payment. Seronok dan convenient, kan! Tahun ni kami cuma menjejakkan kaki ke bazar ramadhan di area kami sekali je...lepas tu...taubat! Either masak sendiri or online param saja.

Ada antara rakan taulan kami yang sudah mula pulang ke kampung untuk berhari raya...tapi kami masih ligat lagi di dapur. Haaa...buktinya...inilah yang kami masak untuk iftar tadi....mee rebus cik ani, iaitu bonda chef wan. Pwincess rujuk dari blog madihaa.
sangat mengenyangkan, alhamdulillah

Mee Rebus Cik Ani


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg mee kuning
  • 150 g taugeh, buang ekor
  • 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 pokok daun sup, hiris
  • 1 pokok daun bawang, hiris
  • 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
  • 6 biji limau kasturi, belah 2 (MaDiHaA guna limau nipis)
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kuah mee rebus*
BAHAN KUAH MEE REBUS* :-)
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
  • 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
  • 5 - 6 cawan air
  • 500 g keledek
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 2 sudu besar udang kering*(Yatie tambah) (MaDiHaA tak guna)
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*tumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KUAH MEE REBUS :-
  1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
  2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
  5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
PENYEDIAAN MEE REBUS :-

  1. Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
  2. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
  3. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...